Astro tayang 33 Filem Melayu Klasik dari Cathay-Keris Films

Filem Melayu Klasik

Astro bekerjasama dengan I.E. Entertainment yang berpengkalan di Singapura dalam membawakan 33 buah filem terbaik Melayu Klasik daripada penerbit filem-filem Melayu terkemuka era terdahulu iaitu, Cathay-Keris Films.

Filem-filem ini akan ditayangkan di Astro Citra dan Astro Prima serta platform penstriman OTT, Astro Go dan On Demand bermula September 2021. 

Kesemua 33 buah filem tersebut adalah antara filem hebat yang pernah ditayangkan pada tahun 1950an sehingga 1960an. Antaranya adalah Pontianak Gua Musang, Sumpah Pontianak, Jula Juli Bintang Tiga, Tunang Pak Dukun, Dang Anom, dan Chuchu Datuk Merah yang menampilkan sentuhan gubahan muzik oleh komposer Singapura yang terkenal dengan menghasilkan lagu kebangsaan negara tersebut, Zubir Said.

Filem-filem ini juga mengangkat kisah dan jalan cerita yang amat dekat dengan masyarakat Melayu Malaysia dan Singapura seperti mengetengahkan tradisi dan muzik, serta mencerminkan nilai sosial ketika di era itu. Dengan mengembalikan filem-filem ini, sekali gus ia mampu mengekalkan nilai budaya dan seni masyarakat Melayu di rantau ini dan merangkumi warisan Malaysia dan Singapura.

Tajuk Tahun Genre
Ayer Mata Duyong 1964 Drama Fantasi
Badang 1962 Drama
Bawang Puteh Bawang Merah 1959 Drama Fantasi
Chelorong Cheloreng 1962 Komedi
Chuchu Datuk Merah 1963 Drama
Dang Anom 1962 Drama
Dosa Wanita 1967 Drama
Dua Kali Lima 1966 Komedi
Gurindam Jiwa 1966 Drama
Jalak Lenteng 1961 Drama
Jula Juli Bintang Tiga 1959 Muzikal
Jula Juli Bintang Tujuh 1962 Muzikal
Kaseh Ibu 1965 Drama
Keranda Berdarah 1969 Seram
Korban Fitnah 1959 Drama
Laila Majnun 1962 Romantik Drama
Lela Satria 1961 Drama
Masok Angin Keluar Asap 1963 Komedi
Mat Magic 1971 Komedi
Mat Bond 1967 Komedi
Pak Pandir Modern 1960 Komedi
Pontianak Gua Musang 1964 Seram
Puteri Gunong Ledang 1961 Lagenda
Satay 1958 Komedi
Selendang Delima 1958 Drama
Siti Zubaidah 1961 Drama
Sri Mersing 1961 Drama
Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang 1961 Drama
Sumpah Pontianak 1958 Horror
Tunang Pak Dukun 1960 Romantik Komedi
Yatim Mustapha 1961 Drama
Gila Talak 1963 Komedi
Ikan Emas 1965 Drama Fantasi

Filem Melayu KlasikFilem Melayu Klasik