Drama Ash dan Aish

Ash & Aish

Drama adaptasi novel 'Ash & Aish' karya Maya Adira akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 10 Ogos 2022 di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104). Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini diarahkan oleh sutradara terkenal, Helmi Yusof, mmenampilkan gandingan pelakon utama Meerqeen dan Siti Khadijah Halim.

Ash & Aish

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria 104
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Helmi Yusof
Produksi: Suhan Movies & Trading

Watak Pelakon 
Meerqeen sebagai Ash
Siti Khadijah Halim sebagai Aish
Nadhir Nasar sebagai Izhan
Anna Jobling sebagai Dalila
Norreen Iman sebagai Kak Wati
Harissa Adlynn sebagai Amni
Asha Merican sebagai Izma
Idzham Ismail sebagai Anwar
Nada Syuhada sebagai Jihah
Arash Mohd sebagai Hj Adnan
Zarina Zainuddin sebagai Puan Suraya
Dato’ Rosyam Noor sebagai Aziz Irfan
Andy Teh sebagai Assad
Zizi Hazirah sebagai Juita
Muhammad Irsyadi sebagai Rudy
Syahir Shafein sebagai Eddy
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Kuza Muzani sebagai Hajah Zarina
Zainol Mcwilson sebagai Encik Mukhtar
Rahim Omar sebagai Haji Rahim

Lagu Tema (OST)
Halusinasi - Fieya Julia

Sinopsis Ash dan Aish

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang tabah bernama Aisha. Aisha atau Aish, kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan. Oleh sebab itu, dia pernah hampir dicabul oleh bapa saudaranya sendiri kerana mahukan harta keluarga. Aish melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu.

Ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka, Aish bertemu dengan Ashrafi (Ash), seorang lelaki misteri yang sering membeli lolipop dan makanan kucing di kedai tersebut. Selepas mengetahui tentang Aish yang menghadapi kesempitan hidup untuk menyara diri di kota raya, Ash mempelawa Aish untuk bekerja di kafe miliknya sendiri. Pekerja-pekerja di kafe Ash iaitu Sanctuary Café mempunyai kisah hitam masing-masing. Mereka diberi peluang oleh Ash untuk membina kehidupan yang baharu sebagai pekerja di kafenya. Aish yang turut mempunyai impian yang sama seperti pekerja-pekerja yang lain terus menerima tawaran Ash.

Ash sering membantu Aish untuk menyesuaikan diri di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, Aish menawarkan diri untuk menjadi isteri Ash sebagai gurauan supaya dia tidak perlu membantunya lagi untuk mencari tempat tinggal. Namun guaraun itu diambil serius oleh Ash dan mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Perkahwinan mereka pada awalnya agak kekok namun bibit-bibit percintaan kian berputik apabila Ash sering mengambil berat tentang Aish. Malangnya Ash ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan koma.

Sewaktu berada di hospital, Aish terkejut apabila dia boleh melihat Ash bangun dan bercakap seperti biasa. Namun apa yang dilihat ternyata hanyalah roh Ash sahaja. Keupayaan istimewa Aish yang boleh melihat roh manusia kembali setelah beberapa tahun terhenti. Oleh sebab itu, Ash bertekad untuk meminta Aish menolongnya sedar daripada koma.

Sinopsis Novel Ash & Aish

Siapa kata kahwin tu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi, penuh warna-warni, hangat dan bahagia?

Ashrafi
Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa.

Aisha
Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega.

Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia.

Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa. Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu.

Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang-siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam-kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.

Ash dan Aish