Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Nantikan filem 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' bakal memaparkan kehebatan Tentera Udara Diraja Malaysia. Filem aksi ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See. Membariskan pelakon seperti Aiman Hakim Redza, Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As’ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali dan ramai lagi. 

JUDUL : AIR FORCE THE MOVIE SELAGI BERNYAWA
GENRE : Aksi, Patriotik, Ketenteraan
TARIKH TAYANGAN : -
PENGARAH : Zulkarnain Azhar, Frank See
PRODUKSI : Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media
PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Dato Adi Putra, Nas-T, Azira Shafinaz, Scha Alyahya, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan Asa'ari, Fezrul Khan, Esma Daniel, Sangeeta Krishnasamy, Iman Corinne, Anas Ridzuan, Muhammaad Saidi, Seelan Manoheran

WATAK PELAKON
Aiman Hakim Ridza sebagai Zafran
Dato Adi Putra sebagai Mejar Adnan "Lejen"
Nas-T sebagai Kapten Adib "Rock"
Azira Shafinaz sebagai Hana 
Scha Alyahya sebagai Kapten Nur Liyana
Sara Ali sebagai Natrah
Jack Tan sebagai Sarjan Udara Gabriel "Hujan"
Pablo Amirul sebagai Sarjan Udara Barat "Tuai"
Luqman Hafidz sebagai Laskar Udara Kanan Azman "Gaban"
Johan Asa'ari sebagai Koperal Udara Fakrul "Paco"
Fezrul Khan sebagai Mejar Zaid TUDM 
Esma Daniel sebagai Brigadier Jeneral Rahim
Sangeeta Krishnasamy sebagai Leftenan Layla
Iman Corinne sebagai Susan
Anas Ridzuan sebagai Matno 
Muhammaad Saidi sebagai Spoon
Seelan Manoheran sebagai Vibesh

SINOPSIS AIR FORCE THE MOVIE SELAGI BERNYAWA
Mengisahkan anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang sedang dalam pergolakan.  Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. 

Mengetahui akan perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. 
 
Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.