Rindu Atok

Rindu Atok

Saksikan telefilem 'Rindu Atok' arahan Sabri Yunus pada Ahad, 22 Ogos jam 9:30 malam di Awesome TV - Astro saluran 123 dan MyTV di saluran 112. Atau boleh menontonya di laman sesawang www.awesometv.my

JUDUL : RINDU ATOK
WAKTU SIARAN : Ahad, 22 Ogos 2021, 9:30 malam
SIARAN TV : Awesome TV
SKRIP : Aloy Paradoks, Sabri Yunus
PENGARAH : Sabri Yunus
PRODUKSI : Red Bean Production
PELAKON : Sabri Yunus, Kamarul Eqifshah, Ammar, Jay Nazif, Azar Azmi, Issey Fazlisham, Ajak Shiro, Nen Tebabo, Angeline Tan

SINOPSIS RINDU ATOK
Mengisahkan Pian yang menemani datuknya, atuk Harun yang telah kematian isteri di kampung. Pian  telah menjumpai sebuah peti lama yang mengandungi surat-surat cinta dan barang-barang kepunyaan datuknya. Dia berhasrat untuk mencari teman wanita datuknya kerana dia mendapat tahu surat tersebut bukan ditujukan kepada arwah neneknya. Pian bersama rakannya, Amar telah menemu bual beberapa orang nenek di kampung tersebut untuk mencari maklumat. Berjayakah dia menjejaki nenek tersebut?