,

Malaysian Ghost Stories

August 22, 2021

Malaysian Ghost Stories

Saksikan drama 'Malaysian Ghost Stories' himpunan kisah seram berkaitan alam mistik legenda yang sering diceritakan secara turun temurun dalam pelbagai versi oleh masyarakat di Malaysia. Sebanyak 18 buah cerita hantu yang berlainan akan dibawakan pada setiap episod mula ditayangkan pada 25 Ogos 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam di Astro Ria. Juga boleh strim di menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.

JUDUL : MALAYSIAN GHOST STORIES
EPISOD : 18
TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria
IDEA ASAL: Syawal Azrai 
PENULIS SKRIP : Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang, Amar Amir
PENGARAH : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures
PELAKON : Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Ellie Suriaty, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi, Amerul Affendi, Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Fimie Don, Nabil Aqil, Balkisyh Semundur Khan, Erry Putra, Hamdan Senario, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Fadhli Masoot

SINOPSIS MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 01 - Nenek Hostel
Pelakon: Ruminah Sidek, Chubb-E, Fadhli Masoot, Fariz Isqandar, Azman Ahmad
Sinopsis: Sebuah asrama diganggu jelmaan nenek yang muncul sebaik lampu di matikan dan mula mengira penghuni yang belum tidur. Gangguan berlarutan hingga hampir meragut nyawa mereka. Mereka harus menyelesaikan gangguan mistik tersebut.

Episod 02 - Jin Pemusnah
Pelakon: Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Tuan Asmawi, Hamidah Wahab
Sinopsis: Rumah tangga Johan dan Munirah semakin panas. Anaknya pula sering menangis dan Munirah keguguran. Hal ini berkaitan dengan sikap Johan yang sering pulang lewat senja.

Episod 03 - Hantu Kum Kum
Sinopsis: Seorang wanita memilih jalan sesat demi kecantikan. Wajahnya menjadi hodoh setelah dia melanggar pantang larang yang dikenakan. Dia perlu menghisap darah 40 gadis sunti sebagai bayaran.

Episod 04 - Nenek Kebayan
Sinopsis: Azri bertemu Laila di kawasan air terjun dan terpikat dengan kecantikkannya. Mereka jatuh cinta, sehinggakan Azri mengikuti Laila tanpa menyedari mainan ilusi nenek kebayan yang sebenarnya sedang menyamar.

Episod 05 - Nu Gui
Pelakon: Keith Foo, Daniella Sya, Jesse Lim, Derrick Yifan, Ammar Bahri 
Sinopsis: Alice telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Tunangnya, Andy tidak dapat menerima kenyataan dan menyeru roh Alice. Kini roh Alice yang tak tenteram memakai baju merah mula memburu perogolnya.

Episod 06 - Hantu Raya
Pelakon: Kazar Saisi, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Tuan Asmawi
Sinopsis: Pak Karim membela hantu raya untuk menjaga tanahnya. Suatu hari pak karim keluar menjerat ayam hutan namun hantu rayanya telah menyamar dan bersama dengan isterinya.

Episod 07 - Rumah Sewa RM100
Pelakon: Zizi Zulkifli, Meerqeen, Fimie Don, Nabil Aqil, Ariel Fesol, Hamdan Senario

Episod 08 - Pocong
Pelakon: Janna Nick, Nesa Idrus
Sinopsis: Farah yang depresi setelah putus tunang bercuti di sebuah hotel untuk menenangkan diri. Namun kehadiran pocong yang menemaninya merosakan segalanya.

Episod 09 - Langsuir
Pelakon: Hanna Aqeela, Fezrul Khan, Razman Mahayuddin
Sinopsis: Mira yang mati dibunuh dengan kejam kembali memburu pembunuhnya. Dia merasa sedih kerana berpisah dengan suaminya dan tidak menyedari siapa dalang disebalik pembunuhannya itu.

Episod 10 - Hantu Takde Kepala (Hantu Janet)
Pelakon: Hasnul Rahmat, Erry Putra
Sinopis: Janet mati di bunuh dengan cara kepalanya diambil sebagai satu ritual penyembahan untuk menguatkan struktur jambatan yang dibina. Hantu tanpa kepala Janet mula berkeliaran di jambatan tersebut.

Episod 11 - Hantu Jepun
Pelakon: Fezrul Khan, Izzy Reef, Armand Ezra, Syamim Razi, Aliff Idham, Zaki Yamani
Sinopis: Sekumpulan remaja yang berkumpul untuk aktiviti tambahan sekolah mereka telah diganggu dengan kemunculan askar Jepun apabila salah seorang dari mereka melanggar pantang larang tempat tersebut.

Episod 12 - Penunggu Rumah Banglo
Pelakon: Hasnul Rahmat, Aleza Shadan, Natasha Elyzza, Tuan Asmawi, Hamdan  Senario
Sinopis: Siti mendapat tawaran kerja sementra di sebuah rumah banglow dengan gaji yang mewah. Namun tanpa disedari penghuni rumah Siti bekerja itu telah lama mati dibunuh.

Episod 13 - Balan-Balan
Pelakon: Bella Astillah, Zahiril Adzim
Sinopis: Amri mengikuti kekasihnya Maria untuk pulak ke kampungnya di Sabah. Suatu malam beliau telah melihat makhluk berupa kepala terbang di hadapannya untuk mencari mangsa.

Episod 14 - Hantu Air
Pelakon: Amerul Affendi, Balkisyh Semundur Khan, Fadhli Masoot, Tuan Asmawi
Sinopis: Zaini dan rakannya telah menjumpai ancak yang dihayutkan untuk membuang saka sewaktu memancing. Tanpa di duga Zaini diam-diam telah mengambil sesuatu dari dari barang tersebut.

Episod 15 - Ulek Mayang
Pelakon: Ara Johari, Didi Astillah, Neera Azizi, Zalif Sidek
Sinopis: Sekumpulan sahabat yang perlu menghadapi situasi getir bersama-sama apabila perlu berdepan dengan semangat "Ulek Mayang" yang muncul dan membawa petaka kepada mereka.

Episod 16 -  Hantu Orang Asli
Pelakon: Nazim Othman, Jaja Iliyes, Kazar, Arie Zaharie

Episod 17 - Nishi Dak
Pelakon : Jasper Supayah, Apit Wan Lebo, Jaegan
Sinopis: Sebagai pengurus baru Gopal telah berpindah ke sebuah estet di kawasan pendalaman bersama keluarganya. Tanpa disangka anaknya telah hilang diambil Nishi Dak, roh jahat yang tidak tenteram.

Episod 18 - Misteri Topeng Barongan
Pelakon : Fizz Fairuz, Saiful Wazien
Sinopis: Sufian merupakan seorang pengumpul barangan antik dan juga influencer di media sosial yang sering berkongsi maklumat barang-barang antik yang dimiliknya. Sahabatnya Joey, beri tahu tentang Melissa yang mahu menjual 'Topeng Barongan' milik koleksi peribadi arwah Ayahnya di IG. Selepas dia memiliki Topeng Barongan itu, pelbagai kejadian aneh berlaku seperti topeng itu yang selalu beralih kedudukannya dengan bergerak sendiri.

Episod 19 - Hantu Public Phone
Sinopis: Zana telah mengangkat deringan telefon di sebuah pondok telefon yang aneh. Sejak itu pelbagai gangguan muncul dan menghantui hidupnya dan merungkai sebuah rahsia yang tersimpan.

Episod 20 - Sumpahan Abu Mayat
Sinopis: Susan & Gary merupakan pasangan yang ceria dan bahagia. Namun suatu hari Susan ditemui mati tergantung di hadapan rumah bersama sepucuk nota bunuh diri.

Episod Ep21 - Penunggu Pohon Beringin
Sinopis: Sumpahan Seroja yang difitnah dan dihukum mati di Pohon Beringin membawa malapetaka kepada seluruh kampung. Sejak kejadian itu pohon beringin itu menjadi tempat menghantar ancak untuk menjamu penunggu itu.

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Follow