Keluarga JJ (TV2)

Keluarga JJ

Saksikan telefilem 'Keluarga JJ' lakonan Kazar Saisi, Ungku Hariz, Aleza Shadan dan Wan Sharmila pada Isnin, 9 Ogos pukul 9 malam di TV2.

JUDUL : KELUARGA JJ
WAKTU SIARAN : Isnin, 9 Ogos 2021, 9:00 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENGARAH : Nuad Othman
PRODUKSI : Geltan Consultancy Sdn Bhd
PELAKON : Kazar Saisi, Ungku Hariz, Aleza Shadan, Wan Sharmila

SINOPSIS KELUARGA JJ
Jidin diterima bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Jidan, seorang pemilik sebuah syarikat. Jidan, seorang duda yang sudah berumur hidup penuh sederhana sedangkan dia sebenarnya kaya telah menimbulkan rasa hairan kepada Jidin. Lebih menghairankan adalah Nana, seorang gadis yang disangka Jidin anak kepada Jidan, sebenarnya merupakan kekasihnya. Tidak mahu keadaan menjadi rumit, Jidan meminta Jidin merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan ibu Nana, Puan Wati. Namun, Jidin pula jatuh hati kepada Puan Wati setelah pertama kali melihat wanita tersebut sewaktu menghantar Nana pulang. Kejelitaan Puan Wati bagaikan seorang anak dara telah membuatkan hati Jidin tidak tenteram.

Keluarga JJPelakon Keluarga JJ