Drama Ghaib (TV3)

Ghaib tv3

Drama bersiri 'Ghaib' diadaptasi daripada novel ‘Projek Seram Terowong’ bakal ditayangkan di TV3 pada 10 Ogos ini. Drama seram ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessey, Neera Azizi dan ramai lagi.

JUDUL : GHAIB
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 10 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:30 malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP :  Siti Solehah, Aida Aida
PENGARAH : Ng Ken Kin
PRODUKSI : Orangtree Production
PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessey, Erynne Erynna, Scha Elinnea, Qara Lyana, Neera Azizi, Chacko Vadaketh, Chandni Kaur, Doria Rachel, Emelda Rosmila, Munir, Ramli Saleh

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Detektif Reza
Siti Elizad sebagai Detektif Anita
Scha Elinnea sebagai Mimie
Eyka Farhana sebagai Jessica
Qara Lyana sebagai Suzi
Erynne Erynna sebagai Nina
Joanna Bessey sebagai Puan Mourice
Neera Azizi sebagai Kharisma
Ramli Saleh sebagai Pak Din

SINOPSIS GHAIB
Berlatarkan kisah di sebuah kolej yang mana belakang bangunan terdapat gua terbiar. Suatu malam, empat pelajar kolej Mimie, Jessica, Nina dan Suzi masuk ke dalam gua untuk bermain spirit of coins dan menyeru roh penunggu gua. 

Satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona muncul dan mereka berlari keluar dari gua dan menyedari Mimie tiada bersama mereka.

Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan menyiasat kejadian itu namun mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona.

Pengetua kolej itu, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara berkenaan demi menjaga nama baik premis terbabit dan tidak suka dengan kehadiran detektif di kolej tersebut.

Malangnya selepas kejadian tersebut Jessica sering diganggu oleh hantu Mona dan tiba-tiba menghilangkan diri dari kolej.

...

Mimie, Jessica, Nina and Suzi memasuki terowong malam itu. Mereka menyeru roh yang menghuni terowong itu. Jessica yang mulanya tidak senang dengan rancangan itu mula merasa resah. Di hujung telinga kedengaran suara perempuan mengilai, masing - masing mula cuak dan takut. Tiba - tiba hantu Mona muncul di belakang Mimie tiada badan hanya kepala dan lilin terpadam. Mereka berlari keluar dari terowong dan kemudian mereka tersedar Mimie tidak bersama mereka. Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan untuk menyiasat kehilangan Mimie namun tidak percaya dengan teori Hantu Mona. Setiap inci terowong itu diperiksa dengan teliti tetapi tidak membawa apa - apa hasil. Mimie masih belum ditemui dan tiada siapa yang membuat tuntutan wang tebusan. Jessica pula pengsan di asrama kerana ternampak Hantu Mona tanpa badan.