Abangku Patriot (TV2)

Abangku Patriot

Ulang siar telefilem 'Abangku Patriot' pada Isnin ini, 23 Ogos jam 9 malam di TV2.

JUDUL : ABANGKU PATRIOT
WAKTU SIARAN : Isnin, 23 Ogos 2021, 9:00 malam 
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENGARAH : Anwardi Jamil
PRODUKSI : R2A Network
PELAKON : Talha Harith, Hafizul Kamal, Mardiana Alwi, Esma Daniel, Liza Zain, Amai Kamarudin

SINOPSIS ABANGKU PATRIOT
Keputusan Zaimi (Hafizul Kamal) untuk menyertai tentera mendapat tentangan keluarga apatah lagi adiknya Zaharin (Talha Harith) turut menyalahkan Zaimi atas kematian ibu bapa mereka. Namun Zaimi tetap meneruskan cita-cita untuk menjadi askar komando.

Zaharin anggap abangnya telah mensia-siakan dirinya kerana tidak perlu menjadi seorang askar. Zaharin menganggap pekerjaan itu hanya untuk mereka yang tidak pandai dan cerdik dan hanya untuk mereka yang gagal dalam pendidikan. Situasi itu membuatkan hubungan antara mereka dua beradik menjadi renggang kerana Zaharin asyik mengutuk kerjayanya. Zaharin kata negara Malaysia terlalu aman dan tiada perang, dan kerja askar tidak membawa apa apa erti pada zaman moden ini.