Sebelum Pulang (TV2)

Sebelum Pulang

Saksikan telefilem khas Aidiladha berjudul 'Sebelum Pulang' dibintangi oleh Nad Zainal, Jalaludin Hassan, Wan Maimunah Aziz dan Amyza Adnan pada 19 Julai, Isnin jam 9 malam di TV2. 

JUDUL : SEBELUM PULANG
WAKTU SIARAN : Isnin, 19 Julai 2021, 9:00 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
IDEA ASAL : Shahriz Taher
PENULIS SKRIP : Zarihah Hassan
PENGARAH : Bade Hj Azmi
PRODUKSI : Switch On Entertainment
PELAKON : Nad Zainal, Jalaludin Hassan, Wan Maimunah Aziz, Amyza Adnan, Emilia Hanif, Kamal Rezuan, Ayu Ayuni

SINOPSIS SEBELUM PULANG
Amira dilahirkan di dalam sebuah keluarga miskin. Dia mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Sejak kecil Amira menghidap penyakit Asthma dan dianggap membawa nasib malang kerana berbagai kejadian buruk menimpa keluarga mereka sejak kelahirannya. Dia tidak disayangi oleh ayah, abang dan kakaknya Liza. Mereka sering menghina dan mencari salahnya.