,

Drama PA Lelaki Kerek

July 14, 2021

Pelakon PA Lelaki Kerek

Nantikan drama adaptasi novel 'P.A Lelaki Kerek' karya Rose Eliza akan datang di TV Okey. Drama arahan Haris Kadir, dibintangi oleh Johan As'ari, Jasmine Suraya, Syafie Naswip, Wan Sharmila, Afifah Nasir dan ramai lagi. 

JUDUL : P.A LELAKI KEREK
EPISOD : 26
TARIKH TAYANGAN : -
WAKTU SIARAN :  -
SIARAN TV : TV Okey (RTM)
PENULIS SKRIP : Mazelan Manan & Siti Hawa Ibrahim
PENULIS NOVEL : Rose Eliza
PENGARAH : Haris Kadir
PRODUKSI : Pro Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Johan As'ari, Jasmine Suraya, Syafie Naswip, Wan Sharmila, Afifah Nasir, Adi Putra, Khairil Anwar Aman, Sazrin Aizul, Mak Wan, Shyrim Husni, Shajiry

WATAK PELAKON
Johan As'ari sebagai Tengku Irfan
Jasmine Suraya sebagai Irdina Asyikin
Syafie Naswip sebagai Naufal
Wan Sharmila sebagai Melisa
Afifah Nasir sebagai Imelda
Adi Putra sebagai Irshad
Khairil Anwar Aman sebagai Tengku Iqbal

SINOPSIS P.A LELAKI KEREK
Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.

Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.

Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?

PA Lelaki KerekPA Lelaki Kerek 2P.A Lelaki KerekPA Lelaki Kerek

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Follow