Mek Wok (TV2)

Mek Wok

Saksikan telefilem 'Mek Wok' lakonan Fauziah Nawi, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Faradhiya dan Amar Asyraf pada 2 Ogos, Isnin pukul 9.00 malam di TV2.

JUDUL : MEK WOK
WAKTU SIARAN : Isnin, 2 Ogos 2021, 9.00 malam di TV2
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Nuad Othman
PRODUKSI : Shamim Pictures
PELAKON : Fauziah Nawi, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Faradhiya, Amar Asyraf, Khatijah Tan, Mubarak Majid, Ikhwan Khairudin, Mimi Ernida

SINOPSIS MEK WOK
Setelah mendengar kisah seram yang diceritakan oleh Tok Penghulu, seorang penerbit filem berminat menjadikan kisah tersebut sebuah filem. Selang beberapa minggu, kru produksi datang ke kampung untuk membuat penggambaran. Namun, kerana kekurangan bajet pengarah telah meminta kru produksi untuk mencari pelakon tambahan dikalangan penduduk kampung yang sanggup berlakon tanpa bayaran. Kru produksi juga telah menyinggung hati Tok Anjang yang kemudian berpakat dengan Jebat untuk menggagalkan penggambaran yang sedang berjalan.