Mat Bond Malaya

Mat Bond Malaya

Nantikan filem aksi komedi berjudul 'Mat Bond Malaya' arahan Nabil Ahmad, dibintangi oleh Naqiu dan Elizabeth Tan. Mat Bond Malaya akan datang 20 Julai ini di Astro First saluran 480. Anda juga boleh strim Mat Bond Malaya di Astro Go atau On Demand.

JUDUL : MAT BOND MALAYA
TARIKH TAYANGAN : 20 Julai 2021
SKRIP : Nabil Ahmad
PENGARAH : Nabil Ahmad
PRODUKSI : KMN Production Sdn Bhd
PELAKON : Naqiu, Elizabeth Tan, Azri Iskandar, Riezman Khuzaimi, Farid Halus (Farid Azmeir), Amyza Aznan, Reza Hasbi, Datuk Ramli MS, Aziz M.Osman, Datuk Yusof Haslam, Ghaz Abu Bakar, Michael Ang, Aloy Paradoks, Syafiq Kyle, Ning Baizura, Didie Alias

SINOPSIS MAT BOND MALAYA
Mengisahkan Mat ingin menjadi ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6 tetapi sebagai budak pejabat. Pada masa sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi.

Namun, Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti. 

Satu hari, dunia digemparkan dengan serangan virus zombi yang disebarkan Dr Ebel. Ramai  terkena virus tersebut termasuk ejen-ejen di M6 dan Bondi. 

Mat tiada pilihan melainkan mencari penawar bagi menyelamatkan semua yang dijangkiti sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia.