Impian Siti Hajar (TV2)

Impian Siti Hajar

Saksikan telefilem 'Impian Siti Hajar' lakonan Maizurah Hamzah, Ako Mustapha, Khatijah Tan dan Linda Rafar pukul 9.00 malam ini di TV2.

JUDUL : IMPIAN SITI HAJAR
WAKTU SIARAN : Rabu, 28 Julai 2021, 9:00 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENGARAH : -
PRODUKSI : -
PELAKON : Maizurah Hamzah, Ako Mustapha, Khatijah Tan, Linda Rafar 

SINOPSIS IMPIAN SITI HAJAR
Siti Hajar dan Eddy merupakan sepasang suami isteri yang berjaya. Dengan kejayaan dan kekayaan yang dimiliki, Eddy mula curang dan mempunyai wanita lain bernama Natasya hingga rumah tangga mereka retak dan mereka bercerai. Sikap Natasya yang boros menyebabkan Eddy mengalami masalah kewangan. Eddy cuba meminta pertolongan bekas isterinya, namun Siti Hajar menolak untuk membantunya.