Hutang 2D

Hutang 2D

Filem 'Hutang 2D' bergenre aksi, komedi dan fantasi akan berada di Astro First bermula 5 Ogos 2021. Filem ini mengangkat lagu Hutang yang amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan bait-bait lirik yang menggunakan gaya bahasa sarkastik dan membawa kisah tersendiri. Menampilkan ahli kumpulan Floor 88 sebagai teraju utama serta pelakon lain seperti Baby Shima, Black Hanafiah, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ropie, Altimet, Wafiy Ilhan dan Coki.

JUDUL : HUTANG 2D
TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2021
PENULIS SKRIP : Azlan Syah Rashid
CERITA ASAL : Silentkaiju Studio
IDEA ASAL : Eric Fuzi, Ayie Ilham, Dian Mayasari, Irwan, Rauf, Azlan Syah
PENGARAH : Irwan Rauf & Eric Fuzi 
PRODUKSI : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios

WATAK PELAKON
Ayie Elham sebagai Ayie
Baby Shima sebagai Shima
Akram Kadir sebagai Akram
FaliQue Ghazali sebagai Falique
Zai Hamzah sebagai Acoi
Amirul Afeeq sebagai Amir
Eric Fuzi sebagai Eric
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Ima
Ropie sebagai Pak Jie
Black Hanifah sebagai Han
Wafiy sebagai Kid
Coki sebagai Aiman
Altimet sebagai Gua Mambang

LAGU TEMA (OST)
Lagu : Hutang
Penyanyi : Floor 88
Lirik : Achoi Floor 88
Komposer : Zai Hamzah

Lagu : Ku Ingin
Penyanyi : Floor 88
Lirik : Falikh Ghazali & Achoi
Komposer : Falikh Ghazali

SINOPSIS HUTANG 2D
Mengisahkan tentang Ayie (Ayie Elham), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Hubungan Ayie dan ayahnya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakat melukisnya juga sering dipandang rendah oleh Pak Jie. Itu membuatkan Ayie rasa sedih dan kurang keyakinan, termasuklah memendam rasa terhadap jirannya, Shima (Baby Shima). Sementara itu, Pak Jie banyak berhutang dan sering diganggu oleh dua orang gangster, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). Apabila Pak Jie diserang di rumahnya, Ayie terus menyembunyikan diri. Segalanya berubah apabila Ayie bertemu dengan Gua Mambang (Altimet) dan telah menghadiahkan sebuah ‘tablet’ ajaib. Ayie mendapati setiap lukisannya di tablet itu akan menjadi kenyataan. Kemudian, Ayie mencipta rakan-rakan baru dengan mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa agar dapat membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.