Filem Jangan Takut : Kau Takut Aku Pun Takut

Jangan Takut Kau Takut Aku Pun Takut

Nantikan filem seram komedi 'Jangan Takut.. Kau Takut Aku Pun Takut' akan Datang di Astro First saluran 480 bermula 8 Julai ini. Menampilkan gandingan trio Mark Adam, Amerul Affendi dan Syuk Sahar.

JUDUL : JANGAN TAKUT ...KAU TAKUT AKU PUN TAKUT
TARIKH TAYANGAN : 8 Julai 2021
PENULIS SKRIP : Nur Farhana Mohamad Fauri
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : CMA Media Sdn Bhd, Astro Shaw
PELAKON : Mark Adam, Amerul Affendi, Syuk Sahar, Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Delimawati, Ropie, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Melati Zero, Azlee Senario, Ucop Cecupak, Aiyuni Hashim, Kamarul Yusof, Donna Muslim, Along Eyzendy

WATAK PELAKON 
Amerul Affendi sebagai Dol
Syuk Balas sebagai Leman
Mark Adam sebagai Sarip
Tasha Shilla sebagai Malaika
Wan Hanafi Su sebagai Atok Sarip
Dalimawati sebagai Nenek Dol
Ropie sebagai Ayah Leman
Jasmin Hamid sebagai Mak Leman
Melati Zero sebagai Orang Minyak
Aiyuni Hashim sebagai Melati
Kamarul Yusof sebagai Tuan Director
Bell Ngasri sebagai Production Manager
Donna Muslim sebagai Suami Malaika
Azlee Senario sebagai Tok Bomoh
Ucop Cecupak sebagai Pembantu Bomoh
Along Eyzendy sebagai Pemandu Kereta Buruk

LAGU TEMA (OST)
Lagu : AKU RINDU PADAMU
Penyanyi : IJA
Lirik : AYOES
Komposer : AYOES

Lagu : RELAKAN RINDU
Penyanyi : FAEZ NORDIN
Lirik : SHAH VIALS
Komposer : EDY ZURAIDY, SHAH VIALS

SINOPSIS JANGAN TAKUT KAU TAKUT AKU PUN TAKUT
Mengisahkan tentang tiga sahabat karib Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung. Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing terpaksa menanggung malu. Selepas gagal mencuri di rumah Tok Bomoh, mereka bertiga telah dihalau oleh keluarga masing-masing. 

Kemudian Sarip, Dol dan Leman tekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka telah menahan dan menumpang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang gadis bernama Malaika. Dalam perjalanan, Sarip mengajak untuk bermain satu permainan iaitu mereka perlu berkongsi kisah seram dan jika sesiapa rasa takut maka orang itu perlu keluar daripada kereta tersebut. 

Sarip dan Leman masing- masing menceritakan kisah seram tetapi tidak ada sesiapa pun yang rasa takut, bahkan mereka terhibur dengan cerita-cerita tersebut. Tiba giliran Dol untuk bercerita, tetapi Malaika terus menceritakan satu kisah seram sehingga membuatkan mereka bertiga seram.