,

Drama Demi (TV Okey)

July 06, 2021

Demi

Nantikan drama kisah benar bertajuk 'Demi' inspirasi daripada novel karya Rina Azdi akan disiarkan di TV Okey. Drama arahan Rahila Ali, dibintangi Puteri Aishah, Ashraf Muslim dan Keith Foo. 

JUDUL : DEMI
EPISOD : 26
TARIKH TAYANGAN : -
WAKTU SIARAN :  -
SIARAN TV : TV Okey (RTM)
PENULIS NOVEL : Rina Azdi
PENGARAH : Rahila Ali
PRODUKSI : Elisa Vision Sdn Bhd 
PELAKON : Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Keith Foo, Ika Nabila, Puteri Rayyana Rayqa, Dato Jalaluddin Hassan, Safura Yaacob, Riz Amin, Hasnul Rahmat, Safwan Nazri

WATAK PELAKON 
Puteri Aishah sebagai Suraya
Ashraf Muslim sebagai Arman
Keith Foo sebagai Fairul
Ika Nabila sebagai Ima
Puteri Rayyana Rayqa sebagai Nadia
Dato Jalaluddin Hassan sebagai Rahman
Riz Amin sebagai Sufi
Hasnul Rahmat sebagai Hisham
Safwan Nazri sebagai Dr Rashid
 
SINOPSIS DEMI
Suraya adalah seorang gadis cekal yang berperwatakan ceria. Dia merupakan cinta pertama Arman. Pada masa yang sama, Arman digilai teman rapat Suraya, Ima. Ternyata cinta Arman tidak disedari Suraya. Suraya pula menaruh harapan pada teman rapatnya semenjak di bangku sekolah, Rashid. Hati-hati yang tidak bertaut itu terlontar jauh dari satu sama lain. Takdir menemukan Suraya dengan Dr Fairul, seorang doktor muda kacukan Melayu dan Inggeris di bumi Scotland. 

Berkisarkan kehidupan Suraya yang penuh pahit getir, ketulusan, kecekalan, pengorbanan, perjuangan dan cinta semuanya demi-Nya yang satu. 

drama demipelakon Demi

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow