Filem Antaramasa (Astro First)

Antaramasa

Filem sains fiksyen tempatan, 'Antaramasa' berkonsepkan pengembaraan masa akan berada di Astro First saluran 480 bermula 1 Julai 2021. Filem terbitan Lux Ambiance Media Production, diarahkan oleh Ramdan Che Hassan. Menampilkan barisan pelakon seperti Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shahz, Tania Hudson, Indi Nadarajah, Riezman Khuzaimi, serta penampilan istimewa iaitu Aziz M. Osman dan Aleeza Kasim.

JUDUL : ANTARAMASA
TARIKH TAYANGAN : 1 Julai 2021 
PENGARAH : Ramdan Che Hassan
PRODUKSI : Lux Ambiance Media Production
PELAKON : Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shahz, Tania Hudson, Indi Nadarajah, Aziz M.Osman, Riezman Khuzaimi, Aleeza Kasim

SINOPSIS ANTARAMASA
Mengisahkan Asri, seorang sarjana dalam bidang sains fizik telah membina sebuah mesin tenaga abadi, iaitu mesin yang tidak akan habis menjana tenaga tanpa menggunakan bahan mentah.

Keadaan jadi menarik apabila mesin ciptaanya itu juga mampu membawa Asri kembali ke masa lalu. Kemudian, dia menggunakan mesinnya itu beberapa kali untuk kembali ke masa lalu bagi memulihkan hubungannya dengan kekasihnya iaitu Malisa.

Setiap kali Asri kembali ke masa lalu, setiap langkah dilakukan untuk mengubah nasibnya, Asri mengubah sejarah hidup bukan saja untuk dirinya tetapi untuk seluruh garis masa alam yang sentiasa menghalang cintanya.

Tanpa disedari, Asri telah mencipta sebuah paradoks masa dan dunianya sudah berubah. Persoalannya, adakah Asri mengubah garis masanya sendiri ataupun adakah semuanya takdir?