Drama Keluarga Instafamous

Keluarga Instafamous

Saksikan Dramedi: Keluarga Instafamous, pada setiap Khamis hingga Ahad, jam 9:00 malam di Awesome TV saluran 123, Astro atau saluran 112, MyTV. Bagi anda yang terlepas beleh menontonnya di www.awesometv.my

JUDUL : KELUARGA INSTAFAMOUS
EPISOD : -
TARIKH TAYANGAN : 13 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Khamis-Ahad, 9:00 malam
SIARAN TV : Awesome TV
IDEA ASAL : Adlan Shaharir
PENGARAH : Muhammad Adlan Shaharir
PRODUKSI : Morningstar Entertainment
PELAKON : Ajak Shiro, Reen Rahim, Ezrin Loy, Riesha Aslan, Qistina Raisah, Kazar Saisi, Tisya, Jiggy, Acong Sweetchild, Zalif Sidek, Amyza Adnan, Bell Ngasri, Armada Ammar, Salleh Yaakob, Haneesya Hanee

WATAK PELAKON
Ajak Shiro sebagai Zali
Reen Rahim sebagai Kiki
Ezrin Loy sebagai Usop
Riesha Aslan sebagai Alya
Qistina Raisah sebagai Nur
Kazar Saisi sebagai Kabri
Tisya sebagai Mita
 
SINOPSIS KELUARGA INSTAFAMOUS
Mengisahkan tentang Zali dan keluarganya yang hidup dalam kemewahan dengan menjadi seorang Instafamous. Satu Malaysia menyukai keluarga Zali dan keluarganya serta video-video mereka di sosial media meraih berjuta tontonan. Namun, disebalik dunia glamour dari Youtube, Tik Tok dan Instagram, mereka sebenarnya sama seperti keluarga lain yang mempunyai isu tersendiri, kerisauan, krisis dan sebagainya.
 
Episod 01
Zali merancang sendiri pesta ulang tahun kejutan palsu agar dia dapat memuat naik video tersebut ke akaun media sosial mereka. Perancangannya berjalan lancar apabila anak-anaknya gagal memenuhi syarat tidak masuk akal.
 
Episod 02
Nur dibuli di sekolah kerana keluarganya sangat terkenal. Dia meminta bantuan ayahnya, dan Ayahnya menggunakannya sebagai peluang untuk membuat video viral.

Episod 03
Produk kecantikan Kiki diserang di media sosial kerana didakwa mengandungi bahan terlarang dan bahan kimia berbahaya. Yusuf membawa pulang kekasih baru yang menjengkelkan

Episod 04
Zali berpura-pura bergaduh dengan Kabri untuk membuat video viral, tetapi kedua-duanya ditangkap dan disiasat oleh polis ketika video itu benar-benar menjadi viral.

Episod 05
Zali dan keluarganya pulang ke kampung Kiki, tetapi macam-macam perkara yang berlaku sebelum dan semasa perjalanan mereka. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Zali terlupa pengecas telefonnya.


Keluarga InstafamousPelakon Keluarga InstafamousKeluarga Instafamous