Drama Jangan Ganggu Jodohku

Jangan Ganggu Jodohku

Drama adaptasi novel 'Jangan Ganggu Jodohku' karya Umie Nadzimah mengisi slot MegaDrama Astro Ria bermula 29 November 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Menampilkan gandingan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae. Drama genre komedi seram arahan Jamal Khan, terbitan Orangetree Production.

Jangan Ganggu Jodohku

Episod: 24
Tarikh Tayangan: 29 November 2021
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam 
Rangkaian: Slot MegaDrama Astro Ria
Skrip: Nana Khalil, Adib Zaini, Amin Shakib, Baizura Kahar
Novelis: Umie Nadzimah
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd
Pelakon: Shaza Bae, Yusuf Bahrin, Aloy Paradoks, Amerul Affendi, Norreen Iman, Salina Saibi, Shah Iskandar, Sabhi Saddi, Hasnul Rahmat, Azizah Mahzan, Ku Fridah, Sherry Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Rosli Rahman Adam, Syafi Tee, Farid, Rosli Rahman Adam, Henzi Andalas, Farah Wahida

Watak Pelakon
Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran
Shaza Bae sebagai Aliza 
Aloy Paradoks sebagai Abu
Amerul Affendi sebagai Penjelmaan Abu
Norreen Iman sebagai Shahida
Shah Iskandar sebagai Kamal Hassan
Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari
Ku Fridah Ku Shafie sebagai Makcik Ratu Lempeng
Salina Saibi sebagai Saka Ratu Lempeng 
Azizah Mahzan sebagai Mak Nah
Hasnul Rahmat sebagai Paksu
Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Piah
Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha
Syafi Tee sebagai Penjelmaan Abu
Farid sebagai Hantu Keding
Rosli Rahman Adam sebagai Hantu Tok Nek

Lagu Tema (OST)
Hendaklah Cari Pengganti
Penyanyi: Arief 
Lirik: Ayu Rizki Yani 
Komposer: Ayu Rizki Yani

Sinopsis Jangan Ganggu Jodohku
Kisah saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya. Aliza boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza jatuh cinta pada Doktor Imran yang mana tidak disukai oleh Abu.

Doktor Imran seorang yang bermikiran moden, kerek, sombong, riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang warak. Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza namun selepas berubah dia mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu. 

Sinopsis Novel Jangan Ganggu Jodohku
Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!

Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.

Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!

Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.

Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.

Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.

Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?

Jangan Ganggu Jodohku Jangan Ganggu Jodohku Jangan Ganggu Jodohku Jangan Ganggu Jodohku