Drama Hilang Dalam Rindu (TV3)

Hilang Dalam Rindu

Nantikan drama bersiri Hilang Dalam Rindu adaptasi novel Hilang karya Mia Azwari akan mengisi slot Samarinda TV3. Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan diarahkan oleh Along Kamaludin. Dibintangi oleh Jazmy Juma, Tracie Sinidol, Qistina Rania, Zarif Ghaz dan ramai lagi. 
 

Hilang Dalam Rindu

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 17 Julai 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Rehal Nuharis
Penulis Novel: Mia Azwari
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Jazmy Juma sebagai Nadim Eijaz
Tracie Sinidol sebagai Aira Nadira
Qistina Rania sebagai Hannah
Zarif Ghaz sebagai Sarip
Nina Smith sebagai Teha
Sera Melissa sebagai Nurul
Jalaludin Hassan sebagai Datuk Mukhriz
Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Ehsan
Fadilah Mansor sebagai Tok Wan
Ayu Azlina sebagai Datin Hamidah

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Lebih Indah Berpisah
Penyanyi: Bella Astillah, Ade Govinda

Sinopsis Hilang Dalam Rindu

Sebaik saja dia sedar dari koma, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tak masuk akal. Yang dia ingat hanyalah kenangannya di waktu kecil sehingga dia berusia 17 tahun.

“I'm your husband.”- Nadim Eijaz

“Aku memang tak ingat siapa dia. Nak tinggal serumah dengan dia pun aku takut. Aku tak nak jadi isteri dia.”- Aira Nadira

Gila!

Sedar-sedar, dia sudah berusia 27 tahun. Nak tak nak, dia perlu terima statusnya sebagai isteri kepada lelaki berwajah dingin. Sikap kasar lelaki itu membuatkan dia keliru. Ditambah pula dengan layanan buruk yang diterima dari adik iparnya membuatkan dia tertanya-tanya tentang punca gadis itu membencinya.

“Tak cukup kau paksa along kahwin dengan kau, kau buat rumah ni macam harta kau sendiri. Biadap dengan semua orang dalam rumah ni. Paling aku benci, kau kikis duit along aku.”- Nurul

Aira tak mampu terima kenyataan itu. Lantas perpisahan diminta agar dia dapat menamatkan penderitaan Eijaz memperisterikan dia.

“Aku tak akan lepaskan kau. Selagi kau tak ingat, kau akan terus tinggal di sini. Anggap itu satu hukuman atas kesalahan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz

Aira semakin tertekan. Satu demi satu perkara terbongkar menyebabkan dia semakin takut untuk mengenali Aira yang sekarang.

“Kalau saya diberi pilihan, saya lebih rela tidur untuk selama-lamanya. Apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang, satu mimpi ngeri, tuan.”- Aira Nadira

“Mimpi ngeri? Aku dah lama alami semua ni sejak kau masuk dalam hidup aku. Dan sekarang... aku akan pastikan kau menyesal atas pilihan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz

Apakah yang berlaku terhadap Aira dalam tempoh 10 tahun yang hilang? Dan adakah benar Nadim Eijaz mahu menghukum Aira seumur hidup atas khilaf yang lalu?