Arwah Pak Mat, Lif & AJK

Arwah Pak Mat, Lif & AJK

Saksikan filem arahan Khir Rahman bergenre komedi satira 'Arwah Pak Mat, Lif & AJK' akan datang 10 Jun ini di Astro First, saluran 480, Juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

JUDUL : ARWAH PAK MAT, LIF & AJK
TARIKH TAYANGAN : 10 Jun 2021
CERITA ASAL : Cinemalaya Studios
PENULIS SKRIP : Aloy Paradoks, Haris M. Nor
PENGARAH : Khir Rahman
PRODUKSI : Excellent Pictures, Cinemalaya Studios
PELAKON : Joey Daud, Tauke Jambu, Jalil Hamid, Ropie, Wafariena Roslan, Wan Gegau, Anas Ridzuan, Souya, Man Raja Lawak, Tapai Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Kimmy Low, Nizam Jentik-Jentik, Shendo Kiut, Sathia, Sheila Mambo, Douglas Lim

WATAK PELAKON
Joey Daud sebagai Nordin
Taukeh Jambu sebagai Norman
Jalil Hamid sebagai Pak Mat Tahir
Ropie sebagai Shamsul
Wafariena sebagai Ayu
Man Raja Lawak sebagai Mat Be
Wan Gegau sebagai Pak Mat
Anas Ridzuan sebagai Nan
Che Mat sebagai Tai Burung
Tapai Raja Lawak sebagai Usop
Nizam Jentik-Jentik sebagai Sudin
Souya sebagai Zaidi Metal
Kimmy Low sebagai Adam Sahar
Shendo Kiut sebagai Abang Lif
Douglas Lim sebagai Ah Cai
Sathia sebagai Praba
Sheila Mambo sebagai Mak Intan

SINOPSIS ARWAH PAK MAT, LIF DAN AJK
Mengisahkan tentang Nordin, seorang pekerja kilang yang menjaga bapanya selepas kematian ibunya. Nordin tinggal di Flat Seri US, sebuah kawasan perumahan rumah pangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Nordin dan bapanya tinggal di tingkat 25 di flat itu.

Keadaan di Flat Seri US juga meriah dan hangat kerana sedang berlangsung pemilihan presiden dan ahli ajk untuk musim terbaru. Berlaku perebutan kuasa antara Pak Mat Tahir dan Syamsul serta ahli ahli lain.

Namun berlaku kejadian yang tidak diingini, bapa Nordin telah meninggal dunia secara mengejut dirumah ketika majlis pemilihan sedang berlangsung. Keadaan bertambah kecoh selepas lif di rumah pangsa mereka turut rosak dan perlu mengambil masa yang lama untuk dibaiki.

Pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuh oleh Nordin dalam membawa turun jenazah bapanya dengan pelbagai masalah serta isu yang sedang terjadi di Flat Seri US.