Tanah Kubur Peneman

Tanah Kubur Peneman

Saksikan telefilem 'Tanah Kubur Peneman' lakonan Fendy Bakry dan Nasir Bilal Khan akan ditayangkan pada 29 Mei 2021, Sabtu jam 9 malam di Astro Citra.

JUDUL : TANAH KUBUR PENEMAN
WAKTU SIARAN : SABTU, 29 Mei 2021, 9:00 malam 
SIARAN TV : Astro Citra 108
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Opera Klasik Sdn Bhd
PELAKON : Fendy Bakry, Nasir Bilal Khan, Syafi Tee, Along Cham

SINOPSIS TANAH KUBUR PENEMAN
Berkisar mengenai Jebat yang menggunakan saka untuk menipu pengikutnya. Dia memberitahu yang dia ada mukjizat dan mengajar ajaran sesat pada mereka. 

Jebat juga memudahkan solat dan mereka jugak akan ke Makkah mengerjakan haji hanya dengan mengelingi pokok besar dan selesailah ibadah haji. 

Farif mula tertarik dengan ajaran Jebat dan menjadi pengikutnya tanpa pengetahuan Tok Adi. Tok Adi mula mengesan bila Farid tak kisah pasal solat dan memberitahu bahawa dia di tahap rasul tak perlu untuk solat.

Jebat boleh mengubati orang yang dirasuk hantu dan jugak mencari orang yang hilang di hutan. Semua ini adalah dengan bantuan saka ayahnya yang telah meninggal dunia. Jebat tertarik dengan Jamilah dan mau memilikinya. Tok Adi akhirnya mula bertindak untuk menjaga kembali keselamatan kampung mereka.



Tanah Kubur Peneman
Tanah Kubur PenemanPelakon Tanah Kubur Peneman