Telefilem Rabak (TV3)

Rabak tv3

Saksikan telefilem 'Rabak' arahan Feroz Kader pada 21 Mei (Jumaat) pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : RABAK
WAKTU SIARAN : Jumaat, 21 Mei 2021, 10:00 malam 
SIARAN TV : TV3
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : FJ Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Adi Putra, Khatijah Tan, Fadilah Mansor, Izzue Islam

SINOPSIS RABAK
Malaysia dikejutkan dengan berita tangkapan dua warga emas yang merupakan adik-beradik iaitu Syakimah and Rabiah oleh pihak polis di atas kesalahan membunuh. Berita ini menjadi sensasi dan mendapat liputan meluas media.

Syakimah (58 tahun) dan adiknya, Rabiah (56 tahun) didakwa atas kesalahan membunuh Malek, suami Syakimah yang sering menderanya. Kes ini telah mendapat perhatian Azri, seorang peguam yang mahu menuntut bela untuk adik-beradik ini tanpa mengenakan bayaran. Azri mahu kes ini mendapat perhatian umum. Namun, dia telah gagal dan adik-beradik tersebut dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan membunuh tanpa niat. 

Rabiah jatuh sakit ketika menjalani hukuman penjara dan akhirnya meninggal dunia. Hal ini telah menambahkan kesengsaraan Syakimah. Dia mula berfikir tentang anaknya yang dibiarkan sejak 30 tahun yang lalu. Jadi, Syakimah meminta tolong Azri untuk menjejaki anaknya.