
Saksikan telefilem 'Obsesi' lakonan Idris Khan, Aprena Manrose dan Octovia Manrose pada hari pertama pukl 4 petang di TV3.
JUDUL : OBSESI
WAKTU SIARAN : Khamis, 13 Mei 2021, 4;00 petang
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Eja Lorena, Siti Solehah Abdul Ghani
PENGARAH : Azhari Zain
PRODUKSI : Layar Ceritera
PELAKON : Idris Khan, Aprena Manrose, Octovia Manrose, Amar Asyraf, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad
SINOPSIS OBSESI
Ayu bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe hipster. Berbanding rakan-rakan yang lain, Ayu agak pemalu dengan lelaki tetapi Ayu mula tertarik dengan seorang pelanggan, Razif dan mereka kemudiannya menjadi pasangan kekasih. Namun Ayu kecewa apabila mengetahui kekasihnya menikahi adiknya sendiri, Aina. Namun dalam kedukaan, satu rahsia telah mula dibongkar oleh Ayu. Adakah segalanya telah dirancang?