Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa

Francais Kampong Pisang karya Mamat Khalid diteruskan menerusi filem 'Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa' yang boleh ditonton di Astro First, saluran 480 bermula 27 Mei ini. Atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Berkonsepkan muzikal, terdapat 10 buah lagu lagu ‘evergreen’ yang dinyanyikan sendiri oleh barisan pelakon Kampong Pisang! Kesemuanya terdiri daripada lagu popular Hari Raya dan juga lagu hitsekitar 1990-an. 

Tambah menarik, watak Husin lakonan Datuk Awie kembali sebagai teraju utama serta watak-watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.

JUDUL : KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA
TARIKH TAYANGAN : 27 Mei 2021  
PENGARAH : Mamat Khalid
PRODUKSI : Astro Shaw & Enjit-Enjit Semt
PELAKON : Dato Awie, Nazeera Sardi, Kaka Azraff, Siti Elizad Sharifuddin, Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler, Imuda, Raja Azmi

SINOPSIS KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA
Seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya. Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak. Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang. Pak Din pula sedih kerana anaknya tiba-tiba tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersamanya. Cik Purnama membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana kerana kesunyian. Pak Karim dan Kak Som hiba kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka yang telah tiada. Serta Daud M yang perlu bekerja di malam raya bagi penghantaran barang-barang buat penduduk kampong Pisang yang membeli barang di atas talian.


Kampong Pisang Musikal Raya IstimewaKampong Pisang Musikal Raya IstimewaPelakon Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa