,

J2: J Retribusi (Disney+)

May 31, 2021

J2 J Retribusi

Filem ‘J2: J Retribusi’ merupakan sekuel J Revolusi yang membariskan pelakon Zul Ariffin, Ashraf Sinclair, Amelia Henderson, Rosyam Nor dan ramai lagi. Filem ini bakal dipertontonkan buat pertama kalinya di Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021.

JUDUL : J2: J RETRIBUSI
TARIKH TAYANGAN : 1 Jun 2021
PENULIS SKRIP : Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam, Anwari Ashraf
PENGARAH : Nazrul Asraff Mahzan, Nazim Shah
PRODUKSI : Primeworks Studios, Infinitus Productions
PELAKON : Zul Ariffin, Ashraf Sinclair, Chen Yiming, Amelia Henderson, Ainin Batrisya, Rosyam Nor, Norman Hakim, Eric Chen, Jasper Supayah, Luqman Hafidz, Shah Rezza

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Jay Zulkarnain
Ashraf Sinclair sebagai Taufik
Chen Yiming sebagai Chang
Amelia Henderson sebagai Amy
Ainin Batrisya sebagai Nadi
Rosyam Nor sebagai Dato' Hashim

SINOPSIS J2: J RETRIBUSI
Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain,seorang pengawal, seorang pengawal, mengejar masa untuk menyelamatkan ahli perniagaan, Dato Hashim, dan anak perempuannya, Nadi, yang ditawan sebagai tebusan.


Jay, yang terus melawan arus untuk melupakan luka lama. Merupakan bekas ketua unit UTK yang kini menjadi bodyguard kepada Nadi, 9 tahun yang merupakan anak kepada Dato' Hashim, seorang usahawan terkenal.
 
Taufiq, pemacu watak antagonis yang tidak gentar menentang cabaran musuh. Seorang yang pantas dalam misinya dan keinginannya untuk menang dalam merampas kuasa dari pemimpin berpangkat tinggi yang tamak.
 
Ketamakan yang memakan diri sendiri - Dato' Hashim, usahawan terkenal yang bangga dengan kejayaannya akhirnya terperangkap dalam rancangannya sendiri. Sanggup mempertarukan nyawanya demi menyelamatkan anaknya, Nadi dari menjadi tebusan penjenayah.

Amy, kredibilitinya sebagai seorang Pengurus Hotel sering dipersoalkan. Sentiasa bersedia memastikan semua orang di dalam keadaan selamat. Membantu Jay & Chang menyelamatkan tebusan dan bersama menentang halangan dan cabaran.

Bekerja keras demi keluarga untuk mengatasi kelemahannya. Chang, merupakan bekas ahli taekwondo yang dijual kepada Liu Kang untuk melunaskan hutang keluarganya. Bersama Jay menentang musuh, dia menemui semangat baru yang telah hilang.

Bagaikan nyawa keluarga sendiri - Nadi, si gadis lasak yang bijak dan berpegang utuh pada janji Jay. Menjadi semangat kepada Jay untuk terus berjuang menentang masa.

LAGU TEMA (OST)
Ralit - Tuju feat Malik Abdullah

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Follow