Drama Kisah Rumah Tangga (Astro Ria)

Kisah Rumah Tangga

Nantikan drama 'Kisah Rumah Tangga' dengan kisah berbeza setiap 5 episod. Bakal bersiaran mulai 12 April 2021 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam di Astro Ria.

JUDUL : KISAH RUMAH TANGGA
EPISOD : 25
TARIKH TAYANGAN : 12 April 2021 
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria HD 104| SD 124
PENGARAH : Waan Hafiz, Aziz M. Osman, Uchee Fukada
PRODUKSI : Radius One
PELAKON : Naqiu, Intan Najuwa, Azad Jasmin, Eira Syazira, Hannah Delisha, Shiqin Kamal, Faizal Hussein, Hafreez Adam, Yusuf Bahrin, Shaza Bae

SINOPSIS KISAH RUMAH TANGGA
Merungkai permasalahan rumahtangga atau isu keluarga dengan lebih memfokuskan kepada isu yang biasa berlaku dalam setiap rumahtangga contohnya masalah kewangan, cemburu, ibu mertua, karier dan pelbagai masalah lagi. Setiap masalah yang dipaparkan dari aspek permasalahan psikologi yang selalu di hadapi oleh pasangan muda.

Mencantum Cinta
Mencantum Cinta
Episod : 1-5
Pengarah : Aziz M. Osman
Pelakon: Naqiu Mohd, Intan Najuwa, Sheila Mambo, Asyiqin Zaed, Shah Iskandar, Kasseh Kishreena
Sinopsis : Setelah 8 tahun berkahwin, Malik dan Ameera mengambil keputusan untuk berpisah. Ameera berjanji pada anak tunggal mereka, Boolan, untuk pertimbangkan mereka bersatu semula sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Abah Kau Mak Kau Family Kita
Episod : 6-10
Pengarah : Waan Hafiz
Pelakon: Azad Jasmin, Eira Syazira, Cassia Iman, Hana Tiha, Sheikh Baseer
Sinopsis : Akibat masalah kewangan ketika pandemik Covid-19, Faizul membawa anak gadisnya, Effa dan Mimi, berpindah. Mereka bertemu dengan keluarga Amy bersama anaknya, Remy dan Syafeeq yang juga baru berpindah.

Rindu Salah Alamat
Episod : 11-15
Pelakon : Hannah Delisha, Shiqin Kamal
Fatin resah mendengar kes curang rakan baiknya namun yakin suaminya Iman, tak mungkin akan berbuat sedemikian. Sangkaannya meleset apabila ada kek istimewa yang dihantar kepada Iman dari gadis bernama Ayu. Fatin mula curiga dan tertanya-tanya tentang Ayu, gadis yang menghadiahkan kek kepada Iman. Rakan-rakan Fatin mula menghasutnya dengan mengatakan itu adalah tindakan permulaan suami yang bakal curang, sama serperti suami mereka. Fatin mula perhatikan Iman dan perasan yang Iman sudah berubah dan banyak berahsia.

Azan Rumah Abah
Pengarah : Uchee Fukada
Pelakon: Faizal Hussein, Hafreez Adam, Dato Rahim Razali, Shiqin Kamal, Zarynn Min, Mak Wan, 

Ramadan Pengantin PKP 
Pelakon : Yusuf Bahrin & Shaza Bae


Kisah Rumah Tangga
Mencantum Cinta Kisah Rumah TanggaAbah Kau Mak Kau Family KitaAzan Rumah Abah