Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard (TV3)

Kekasih Hati Mr Bodyguard

Drama adaptasi novel 'Kekasih Hati Mr. Bodyguard' karya Ateen Khalid menampilkan gandingan  baharu Redza Rosli dan Sharifah Rose. Drama terbitan Creative Skill Solution  ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan Emi Suffian. Selepas terpaksa ditangguhkan tayangan pada Jun lalu, drama Kekasih Hati Mr Bodyguard kini ditayang semula di slot Lestary TV3 bermula 10 September 2021, setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam. Drama ini juga ditayangkan di Disney+ Hotstar.

JUDUL : KEKASIH HATI MR BODYGUARD
EPISOD : 33
TARIKH TAYANGAN : 10 September 2021
WAKTU SIARAN : Rabu–Sabtu, 9.00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS NOVEL : Ateen Khali
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar, Hayati Ahmad
PENGARAH : Nizam Zakaria, Emi Suffian
PRODUKSI : Creative Skill Solution

WATAK PELAKON
Redza Rosli sebagai Hadif Akasha
Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn
Ungku Hariz sebagai Naim
Fadlan Hazim sebagai Farel Rizhan
Lana Nordin sebagai Vanida
Lisdawati sebagai Puan Latifah
Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Yusof
Zarina Zainuddin sebagai Datin Izzah
Haziq Macquistan sebagai Erwan
Ungku Hariz sebagai Naim
Ezzanie Jasny sebagai Lola 
Shasha Abedul sebagai Najwa
Sara Jasmin sebagai Siti Fatihah
Manan Sulaiman sebagai Tok Kadi Halim
Aishah Atan sebagai Puan Dahlia
Putera Karl sebagai Umar
Munir sebagai Idlan
Ikhwan Khairudin sebagai Nizam
Zainab Othman sebagai Puan Ida
Tysha Tiar sebagai Haifa
Putera Karl sebagai Umar
Mili Supina sebagai Puan Seha

LAGU TEMA (OST)
Nafas Cinta - Khai Bahar, Aina Abdul
Setia - She Pandora feat Afiq 
Cintai Aku - Adi 6ixthsense 
Diantara - Assya Yen

SINOPSIS KEKASIH HATI MR BODYGUARD
Hana Aralyn menjejaki Hadif Akashah, seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing. 
 
Episod 1
Aralyn, Erwan, dan Farel merupakan tiga beradik yang tinggal bersama ibu-bapa mereka. Pada suatu hari, mereka tiga beradik sedang gaduh-gaduh manja, tiba-tiba, Datin Izzah datang dengan wajah panik. Ayah mereka, Dato’ Yusof kemalangan. Bergegas mereka ke hospital untuk melawat ayah mereka. Di hospital, Dato’ Yusof dalam keadaan tak bermaya, menyedari keadaan keluarganya yang terancam telah membuat keputusan menyuruh Aralyn mencari seorang lelaki bernama Hadif. Namun dia merahsiakan plannya itu dari pengetahuan keluarganya termasuk Aralyn.

Episod 2
Puan Latifah imbas saat Aralyn muncul dan menegurnya. Walaupun tak kenal, tapi Puan Latifah layan Aralyn dengan ramah. Mulanya, mati-mati Aralyn mengaku yg dia bekas kekasih Hadif. Tapi Puan Latifah lebih faham dan percaya anaknya walaupun banyak perkara yg Hadif rahsiakan dari pengetahuannya. Dan disebabkan dia nak sangat tahu masalah Hadif, Puan Latifah terpaksa berpakat dengan Aralyn. Puan Latifah minta Aralyn terus-terang tujuan kedatangannya. Maka Aralynpun cerita hal yg sebenarnya. Dia nak sangat tahu tujuan ayahnya suruh sedemikian. Cuma yang menjadi kemusykilannya kenapa Hadif yg dia jumpa ini berbeza sekali dengn Hadif di dalam gambar? Puan Latifah tertawa.

Episod 3
Hubungan Aralyn dan Hadif bertaut ibarat menarik tali. Marah-marah, gaduh-gaduh, tapi tak boleh kalau salah sorang takde. Hadif juga sikit demi sikit nampak lembut dgn Aralyn walaupun masih annoying. Najwa rasa tergugat dgn kehadiran Aralyn di rumah Hadif. Apalagi bila dia diberitahu yg Aralyn adalah bekas kekasih Hadif.

Episod 4
Kemunculan lembaga hitam membuatkan Aralyn Tersentak. Aralyn makin mengundur. Seperti fobia. ‘Lembaga hitam’ makin mendekati. Aralyn menjerit, tutup mata dan tersalah langkah ke belakang sampai terlentang jatuh. Rupanya ‘lembaga hitam’ itu adalah Hadif yg cuba takutkan Aralyn. Namun, bila Aralyn terjatuh, dia rasa bersalah lalu terus periksa keadaan Aralyn. Lebih kecoh bila Pn Latifah keluar dari bilik. Tak pasal-pasal Hadif sahur bebelan ibunya pagi tu. Hadif akui yg dia berniat nak bergurau. Dia tahu Aralyn hendap dia mengaji tadi. Tapi tak sangka jadi macam tu. Mujur Aralyn maafkannya sebab dia yg fobia. Rupanya dia pernah alami peristiwa rumah dimasuki penyangak suatu ketika dulu.

Episod 5
Fatiha masih pujuk Najwa. Katanya, jangan menangis dan mengalah. Kalau betul Aralyn penghalang cintanya pada Hadif, Najwa perlu buktikan yg dia terbaik buat Hadif. Fatiha yakin kedatangan Aralyn sekadar nak perhatian Hadif. Hadif kan tokey kambing. Tapi Najwa tak rasa Aralyn gilakan harta Hadif. Kereta dan penampilannya, menampakkan Aralyn orang berada. Najwa merasakan yang Hadif benci dia. 

Episod 6
Idlan marah Nizam sebab hantar samseng ‘taik kucing’ untuk kidnap Aralyn. Nizam cakap, samseng upahannya dah usyar cantik sebab ketika itu Aralyn sendirian. Mereka ekori Aralyn dari rumah. Entah macam mana, ada sorang lelaki muncul tolong Aralyn. Idlan menduga, adakah Hadif? Nizam tak boleh confirm sebab samsengnya tak nampak sangat dalam gelap dan tak kenal. Idlan sangsi, kenapa dia rasa seperti Hadif bakal menyusahkan  kerja mereka?

Episod  7
Umar minta bantuan Hadif hantarkan ibunya ke hospital. Hadif suruh Umar balik segera dan sediakan segala peralatan untuk ibunya masuk hospital, sementara dia akan balik ambil kereta. Hadif terkejut bila Aralyn nak ikut. Siap tawarkan Hadif bawa keretanya lagi. Mulanya Hadif tak bagi. Dia tahu apa tujuan Aralyn ikut. Tapi kerana situasi cemas, dia terpaksa akur kehendak Aralyn. Hadif pinjam motor Naim supaya perjalanan baliknya ke rumah lebih cepat. Nak tak nak, dia kena bawa Aralyn sekali. Sebaik saja motor mereka keluar dari situ, Najwa pula tiba dgn bekalan makanan untuk Hadif. Melihatkan Hadif tak perdulikannya, dia tanya ke mana mereka nak pergi, pada Naim. Najwa terus cuak lihat Aralyn & Hadif naik motor sama.

Episod 8
Hadif, Naim & Umar bergegas dekati Aralyn, cemas. Memandangkan Aralyn tak boleh bangun, mereka sama-sama angkat dia, bawa balik. Najwa sorang saja terpinga-pinga pandang mereka. Rasa terpinggir. Mereka lebih pentingkan Aralyn. Fatiha pula muncul, nampak tunangnya sama angkat Aralyn. Fatiha bengang, apa pentingnya Naim nak angkut Aralyn? Dia nak bergegas dapatkan Naim, tapi Najwa tarik tangannya, menghalang. Fatiha tak senang hati. Tunang dia yg angkut orang lain tu. Takkan dia nak biar. Najwa suruh Fatiha rasional. Jangan nak ikut rasa cemburunya saja. Situasi sedang cemas. Aralyn jatuh. Najwa mahu Fatiha kompromi.

Episod 9
Aralyn bertemu Che Lola lagi di kedai. Dia terkejut bila Che Lola maklumkan yg Hadif bakal nikah dgn Najwa. Sedangkan Pn Latifah dan Hadif tak cerita apapun dgn dia. Najwa pula muncul dan minta Che Lola jangan malukan Aralyn sebegitu. Dan Najwa siap ‘basuh’ lagi Che Lola sebab tak habis-habis sebarkan kisah dia dgn Hadif sejak dulu. Merah padam muka Che Lola kena sound setepek dengan Najwa.

Episod 10
Hadif akhirnya akui pada Aralyn yg dia takkan kahwin dengan Najwa dan akan berterus terang hal tersebut pada ayah Najwa pada hari raya nanti. Dato’ Yusof diganggu oleh Vanida yg tak habis-habis tuntut dia kembalikan Aralyn. Dato’ Yusof juga mula merasakan yg kemalangannya ada kaitan rapat dgn kemalangan ngeri yg pernah menimpa abang iparnya sebelum ini.

Episod 11
Aralyn akhirnya yakin bahawa Hadif adalah cinta hatinya dan kembali ke kampung Hadif selepas raya untuk bersama buah hatinya itu. Malangnya, Aralyn dikejutkan satu kenyataan yg Hadif ada hubungan dgn keluarganya. Vanida kelihatan semakin berdendam bila Aralyn enggan turuti kehendaknya untuk tinggal bersama. Dia salahkan Dato' Yusoh sepenuhnya.

Episod 12
Aralyn sedih kerana lelaki yg dicintainya adalah orang yg dianiaya oleh keluarganya. Kerana itu Aralyn buat keputusan untuk pergi tinggalkan Hadif. Dato’ Yusof terpaksa terus terang pada anak-anaknya yg kemalangan yg menimpanya adalah dirancang rentetan dari kematian Dato’ Hanafi dulu. Farel bimbang dgn keadaan Aralyn lalu keluar mencarinya. Malangnya dia diculik.

Episod 13
Rahsia Aralyn pecah pada pengetahuan Hadif sebelum dia sempat keluar. Hadif bertindak kasar halau Aralyn hingga cedera. Namun Hadif kelihatan kesal pula dengan perbuatannya bila menyedari yang Aralyn dan keluarganya dalam bahaya. Farel yang diculik telah diseksa oleh Vanida dan orang-orangnya sebagai peringatan kepada Dato’ Yusof. Rupanya segala tragedi yg berlaku selama ini adalah plan Vanida dan dibantu orang kanannya Idlan.

Kekasih Hati Mr Bodyguard