Drama Penghulu Interim

Penghulu Interim


Saksikan drama 'Penghulu Interim' bersiaran mulai 31 Julai 2021, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9:00 malam di Awesome TV saluran 123, Astro atau saluran 112, MyTV. Juga boleh menonton setiap episod di www.awesometv.my

JUDUL : PENGHULU INTERIM
EPISOD : 24
TARIKH TAYANGAN : 31 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Jumaat-Ahad, 9:00 malam
SIARAN TV : Awesome TV
PENULIS SKRIP : Aloy Paradoks
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Red Bean Productions
PELAKON : Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Roy Azman, Natasha Charmaine, Issey Fazlisham, Rosli Rahman Adam, Zalfa Zin, Effa, Nizam Kama, Qazem Nor, Dayang Areeda, Azri Husni, Rayza Mukmin, Mat Over, Ebby Yus, Chemat Raja Lawak, Izzy Reef, Neera Azizi, Liyana Yusof, Noor Fadzil Hamdan, Aduqaputra Iskandar, Noor Shaida, Silfeny Osman, Sham

WATAK PELAKON
Beto Kusyairy sebagai Borhan 
Nadiya Nisaa sebagai Izzah
Roy Azman sebagai Kassim
Issey Fazlisham sebagai Zul Speaker
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Abu
Mat Over sebagai Pak Din 
Ebby Yus sebagai YB Seman 
Qazem Nor sebagai Ustaz Nizam 
Dayang Areeda sebagai Ayuu Jasmin
Natasha Charmaine sebagai Siti Gomen 
Zalfa Zin sebagai Tina 
Effa sebagai Aznah Tiger 
Nizam Kama sebagai Pepol 
Izzy Reef sebagai Ijam 

SINOPSIS PENGHULU INTERIM
Kisah masyarakat bandar yang tinggal di kawasan apartment. Borhan (Beto) seorang technician kilang bersama isterinya Izzah (Nadiya Nisa) seorang nurse hospital kerajaan yang mengalami krisis rumahtangga, sementara Borhan baru dilantik sebagai Pengerusi JKK baru tempat itu menggantikan Pak Ladin yang koma pasal banyak sangat hisap rokok.

Borhan dicemburui oleh Kassim (Roy Azman) seorang peniaga buah dan Zul Speaker (Issey) seorang freelance deejay kenduri kahwin dan tokey set karaoke. Tapi mujur ada Pak Abu Pencen (Rosli Rahman Adam) selaku bendahari JKK. 

Episod 01
Ahli JKK kemudiannya bermesyuarat tentang hal pengurusan rumah pangsa memandang keadaan Pak Ladin yang sedang koma di hospital dan beliau merupakan Pengerusi JKK. Mereka perlu melantik seorang ketua bagi menguruskan acara Malam Muhibbah yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan. Masing-masing memberi alasan untuk menolak jawatan tersebut dan mereka akhirnya bersetuju mencadangkan Borhan yang ketika itu tidak hadir di mesyuarat tersebut.

Episod 02
Borhan yang mula melakukan tugasan sebagai pemimpin telah terkejut selepas dimaklumkan berkaitan masalah kewangan. Beliau harus bertindak dengan segera memandangkan acara Malam Muhibbah sudah semakin hampir. Beliau mendapat idea dengan mengadakan kutipan derma daripada penduduk dan juga menjual ‘burger’ untuk menjana pendapatan untuk menampung perbelanjaan acara tersebut nanti.

Episod 03
Kassim tidak berpuas hati dengan perlantikan Borhan dan bukannya beliau yang sedang memegang jawatan Timbalan Pengerusi JKK. Kassim cuba menghasut Zul untuk bersekongkol dengannya menyingkirkan Borhan dari jawatan baharunya yang dilantik oleh YB Manan.

Episod 04
Kassim meneruskan kempen tanda tangan petisyennya dengan memburukkan Borhan di kalangan penduduk. Semakin ramai penduduk termakan dengan hasutan Kassim. Beliau sentiasa memarahi dan menyalahkan Borhan setiap kali terserempak dengannya. Kassim berang apabila rumahnya telah dipecah masuk pencuri dan beliau mula menyalahkan Borhan tentang isu keselamatan di kawasan rumah pangsa mereka.

Episod 05
Kassim dan Zul terkejut selepas melihat jumlah kasut yang banyak sebaik sahaja mereka masuk ke rumah Saparuddin. Mereka segera menahan Saparuddin dan mula memukul beliau dengan andaian kasut tersebut merupakan kasut yang hilang milik penduduk rumah pangsa. Pak Abu bergegas memaklumkan pada Borhan tentang insiden tersebut.

Episod 06
Borhan berasa hairan apabila terserempak dengan Kassim yang sedang mengutip derma di kawasan rumah pangsa bagi pihak Ustaz Nizam. Borhan teringat yang Ustaz Nizam sudah pun mengadakan kutipan derma pada minggu lepas untuk pembinaan surau.

Episod 07
Borhan segera pergi ke atas bangunan dan mendapati ada seorang gadis sedang berdiri hendak terjun ke bawah. Borhan mengatur rancangan untuk menyelamatkan gadis tersebut.

Episod 08
Rakan Baik Borhan, Pepol kini sedang hebat dilamun cinta dengan seorang gadis yang dikenalinya di internet. Dia mula pakai smart-smart dan bergaya.

Penghulu InterimPenghulu InterimPelakon Penghulu InterimPenghulu Interim 3Drama Penghulu Interim