Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami

Dia Yang Ku Jadikan Suami

Saksikan drama adaptasi novel 'Dia Yang Ku Jadikan Suami' karya Rinsya Chasiani untuk slot MegaDrama mulai 23 November 2022, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria. 

Drama 13 episod ini diarahkan oleh Harris Fadzillah nukilan skrip Wan Mahani Wan Hassan dan menampilkan pelakon seperti Anna Joblings, Malek Mcrone, Syazlin Zainal, Abby Nadzri, Zulkifli Ismail, Raja Azmi dan ramai lagi.

Dia Yang Ku Jadikan Suami

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 23 November 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria slot MegaDrama
Penulis Novel: Rinsya Chasiani
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: Elite Forsure Sdn Bhd  

Watak Pelakon
Anna Joblings sebagai Naazneen Fattah
Malek Mcrone sebagai Naim Khairi
Syazlin Zainal sebagai Hanna
Abby Nadzri sebagai Hidayah
Zulkifli Ismail sebagai Aznal
Raja Azmi sebagai Anisa
Ismail Yaacob sebagai Adnan
Anne Abdullah sebagai Hasanah
Kuna Muzani sebagai Aisyah
Reza Hasbi sebagai Wan Aakif
Sefik Khair sebagai Adriz
Ikhwan Zahid Ab sebagai Jefri
Aishah Sudin sebagai Mak Ajah 
Farra Zainuddin sebagai Arwin
Shah Rezza sebagai Dato Adham

Sinopsis Dia Yang Ku Jadikan Suami

Nazneen seorang gadis yang sombong dan suka mempermainkan hati lelaki. Pertemuan dengan Naim buat dirinya berasa tercabar apabila Naim langsung tidak memandangnya. 

Penolakan Naim menyebabkan Naazneen bertekad menghancurkan hubungan Naim dengan Hidayah. Nazneen merancang sesuatu untuk kenakan Naim namun rancangannya gagal dan memakan dirinya sendiri.

Naazneen mengahwini Naim Khair, namun kehidupan bersama Naim Khair bukanlah mudah seperti yang disangkanya.

Naazneen yang insaf mula berubah menjadi isteri solehah. Namun segala rahsia jahat terhadap suaminya terbongkar. Tiada siapa sudi mendengar penjelasan dan penyesalan hati Naazneen. Dapatkah Naim menerimanya kembali.

Dia Yang Ku Jadikan Suami

Dia Yang Ku Jadikan SuamiPelakon Dia Yang Ku Jadikan Suami