Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini

Yang Bakal Mati Ramadan Ini

Drama bersiri 'Yang Bakal Mati Ramadhan Ini' bakal disiarkan di Awesome TV pada bulan Ramadan nanti. Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini, terbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd.

JUDUL : YANG BAKAL MATI RAMADAN INI
EPISOD : 22
TARIKH : 12 April 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 10:00 malam
SIARAN TV : Awesome TV (Astro 123, MyTV 112)
PENULIS SKRIP : Puovin Sandera & Tommy Loh 
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Pencil Pictures & Records Sdn Bhd
PELAKON : Nasir Bilal Khan, Liza Abdullah, Keith Foo, Jaja Iliyes, Beego, Bella Astillah, Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Norreen Iman, Isaac Iman, Hannah Qiasatinna, Beayqaa, Nurul Fatihah, Zalfa Zin

WATAK PELAKON
Keith Foo sebagai Mikhail
Jaja Iliyes sebagai Alana
Nasir Bilal Khan sebagai Pak Daus
Liza Abdullah sebagai Mak Bibah
Nazeera Sardi sebagai Natrah
Amar Asyraf sebagai Amli
Beego sebagai Hasnul
Bella Astillah sebagai Zalia
Norreen Iman sebagai Lynn
Isaac Iman sebagai Azril
Hannah Qiasatinna sebagai Nurul
Beayqaa sebagai Sutra
Nurul Fatihah sebagai Risteena
Zalfa Zin sebagai Juliana

LAGU TEMA (OST)
Terakhir Buat Teman - Hazama & Siti Sarah

SINOPSIS YANG BAKAL MATI RAMADHAN INI
Mengisahkan tentang Pak Daus, seorang bomoh, yakin bahawa dia telah mendapat petanda tentang kematian dalam keluarganya.

Episod 1 - Pak Daus mula mendapat mimpi yang aneh tentang kematian seseorang dalam keluarganya. Nurul (anak Hasnul) telah menunjukkan video melibatkan aktiviti pembomohan Pak Daus sewaktu majlis hari jadi Azril.

Episod 2 - Pak Daus merasakan bahawa dia sedang mendapat petanda kematian ahli keluarganya. Alana merancang untuk meletak jawatan kerana tidak lagi boleh bersabar dengan sikap Mikhail.

Episod 3 - Hasnul berdepan dengan beberapa pelajar bermasalah yang selalu ponteng kuliah. Terkenal dengan sikap tegasnya, Hasnul bagaimanapun bersimpati dengan nasib seorang pelajar bernama Sutra.

Episod 4 - Alana pulang ke kampung untuk melawat ibu bapanya. Mak Bibah mula berkongsi pengalaman aneh Pak Dauz. Zalia menyokong Hasnul untuk membantu Sutra tanpa mengetahui Sutra mempunyai agenda lain

Episod 5 - Mikhail meminta maaf atas kesilapannya dan memujuk Alana agar terus bekerja di situ. Hubungan mereka semakin baik.

Yang Bakal Mati Ramadhan Ini
Yang Bakal Mati Ramadan IniPelakon Yang Bakal Mati Ramadhan Ini