Drama Hati Yang Dikhianati

Hati Yang Dikhianati

Drama bersiri 'Hati Yang Dikhianati' merupakan adaptasi daripada telenovela popular Venezuela, ‘My Three Sisters’ atau lebih dikenali dengan judul ‘Mis Tres Hermanas’. Menampilkan gandingaan Amar Baharin dan Isyariana. Diarahkan oleh Riza Baharuddin, terbitan Global Station Sdn Bhd. Disiarkan menerusi slot Tiara Astro Prima mulai 12 April 2021.

Drama ‘Hati Yang Dikhianati’ disambung semula tayangan pada 22 Oktober 2021 selepas tertangguh akibat PKP. Bade Hj. Azmi memikul tugas sebagai pengarah menggantikan sutradara Riza Baharuddin yang sebelum ini hanya sempat ditayangkan sehingga episod yang ke-40.

Hati Yang Dikhianati

Episod: 146
Tarikh Tayangan: 12 April & 22 Oktober 2021
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petang 
Rangkaian: Astro Prima - slot Tiara
Skrip: The Playwrights Team
Pengarah: Riza Baharudin, Bade Hj Azmi, Khalid Nadzri, Mp Roslin MD Sharif
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Isyariana sebagai Nur Melisa (Lisa)
Amar Baharin sebagai Zuhri Elyas
Mona Allen sebagai sebagai Maria
Zamarul Hisham sebagai Iskandar
Syamim Farid sebagai Athira (Tyra)
Mia Nasir sebagai Syaz
Arena Wan sebagai Batrisya (Baby)
Sahronizam Noor sebagai Dato Ghafar
Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Sofia
Malek Mccrone sebagai Samir
Shah Iskandar sebagai Imran
Afifah Nasir sebagai Bella
Shah Rezza sebagai Dr. Aman (Akmal Mansur)
Mas Anizan sebagai Delia
Rosnah Johari sebagai Puan Sarimah 
Razak Ahmad sebagai Pak Ngah Husin
Najua P Ramlee sebagai Rubi
Lan Siro sebagai Nasir
Manan Sulaiman sebagai Tuan Latif
Afiq Muiz sebagai Dr.Fadlan
Fendy Bakry sebagai Adam
Adam Malek sebagai TJ
Nabil Aqil sebagai Syafiq
Qistina Khaled sebagai Mimi
Hasmira Azmi sebagai Eira
Harminder Sigh sebagai Mr Gobin
Zaki Azeman sebagai Zaki
Farra Zainuddin sebagai Elis
Norazlina Ismail sebagai Siti
Nik Ramly sebagai Ayah TJ
Iqram Dinzly sebagai Azran 
Siti Elizad Sharifuddin sebagai Tasya
Husna Mustaffa sebagai Husna

Lagu Tema (OST)
Vida - Isyariana & Dean Eiman 
Biru Malam - Chubb-E Amir Masdi
Kaka Azraff  - Janjiku

Sinopsis Hati Yang Dikhianati

Setelah pemergian bapanya, Iskandar mengambil keputusan untuk berhenti persekolahannya dan terus bekerja demi membesarkan tiga adik perempuannya. 15 tahun berlalu selepas peninggalan ibu bapanya, Iskandar kini berkahwin dengan Maria dan tinggal bersama dua orang adiknya iaitu Lisa yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital komuniti serta adik bongsunya, Baby yang masih belajar.

Segalanya berubah apabila Lisa menyerang tapak pembinaan di sebelah hospitalnya dan berdepan dengan Zuhri Elyas yang merupakan ketua projek pembinaan tersebut. Pertemuan mereka secara perlahan membuahkan rasa kasih namun tanpa pengetahuan Lisa, Zuhri Elyas sebenarnya sudahpun bertunang. Dalam masa yang sama dia juga berselingkuh dengan Maria, kakak ipar kepada Lisa sendiri. Maria pula semakin tertekan ditambah dengan kehadiran adik iparnya Syaz dan suaminya Imran yang terpaksa berpindah ke rumah Iskandar kerana kehilangan kerja. Perlahan-lahan perjalanan cinta Lisa dan Zuhri ditempuh ranjau.

Perhubungan Elyas dan Lisa yang terus diduga. Kali ini dengan kehadiran Samir yang kini nekad untuk memenangi hati Lisa. Kemunculan Tasya yang cuba mendekatkan diri dengan Elyas sedikit sebanyak mula mengubah perasaannya. Mampukah Elyas dan Lisa menyelamatkan sisa kisah cinta mereka. Kebenaran tentang Elyas dan Maria bakal menguji keluarga Iskandar yang kini berantakan. Azran, seorang lelaki misteri yang muncul dan mula mengganggu hidup Maria sekaligus membuka kisah lama. Hubungan suami isteri antara Syaz dan Imran semakin dingin dengan kehadiran Adam.

Konflik mula berlaku apabila Lisa mengetahui Elyas pernah mempunyai hubungan sulit dengan kakak iparnya, Maria sebelum ini. Lisa semakin benci melihat Maria terus berpura-pura di depan Iskandar sedangkan wanita itu telah mengkhianati kepercayaan abangnya dan Lisa juga tidak dapat memaafkan perbuatan Elyas. Elyas pula sudah insaf dan walaupun apapun yang berlaku dugaan yang dihadapi, dia tidak mahu berpisah dengan Lisa. Dalam masa yang sama, ibu Elyas iaitu Pn. Sarimah tidak bersetuju dengan pendirian Elyas selepas mengetahui apa yang berlaku antara anaknya dengan Maria dan Lisa. Puan Sarimah mahu Elyas kembali semula kepada Tyra yang merupakan bekas tunang Elyas. Maria juga mempunyai agenda sendiri untuk memastikan Elyas tidak bersatu semula dengan Lisa. Kehadiran Azran iaitu bekas kekasih Maria dan Tasya iaitu peguam dan anak kepada Delia merumitkan lagi keadaan selepas kehilangan Lisa di Sarawak. Dapatkah Elyas bersatu semula dengan Lisa atau sebaliknya?

Hati Yang DikhianatiHati Yang DikhianatiHati Yang DikhianatiHati Yang Dikhianati