Telefilem Rujuk (TV2)

Rujuk tv2

Saksikan telefilem 'Rujuk' arahan Rashid Sibir yang mengangkat isu depresi pada Jumaat, 19 Februari, pukul 9:30 malam di TV2.

JUDUL : RUJUK
WAKTU SIARAN : Jumaat, 19 Februari 2021, 9:30 malam 
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Telemal Productions, Suhan Movies & Trading
PELAKON :  Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Fimie Don, Yuna Rahim

SINOPSIS RUJUK
Kisah Jefry seorang suami yang sentiasa melayani isterinya, Dian dan dua orang anaknya Amira dan Amirul dengan penuh kasih sayang. Kematian rakan sepejabatnya Amy yang membunuh diri akibat kemurungan setelah ditinggalkan suami yang mati akibat kanser menghantui fikiran Jefry. 

Jefry tidak mahu musibah yang sama menimpa isteri dan anak-anaknya apabila dia disahkan mengidap kanser. Dia rela mati sendirian jauh dari keluarganya kerana tidak sanggup melihat keluarganya menderita dan meratapi kematiannya. 

Namun apakah jalan penyudahnya? Dapatkah mereka menerima ketentuan takdir bahawa ajal dan maut itu di tangan Allah yang Maha Pencipta?
Rujuk tv2