Filem Petaka (Astro First)

Petaka

Filem Petaka mengangkat isu keldai dadah, dengan turut menyajikan tema kekeluargaan dan harta pusaka. Bakal menemui penonton mulai 4 Februari di Astro First saluran 480.

JUDUL : PETAKA
TARIKH TAYANGAN : 4 Februari - 5 May 2021
SIARAN TV : Astro First
PENULIS SKRIP : Azhari Zain
PENGARAH : Azhari Zain
PRODUKSI : Arie Zaharie Production & AA Success Pictures
PELAKON : Azman Ahmad, Nabila Huda, PU Azman, Jaja Iliyes, Wan Maimunah Aziz, Zali Shuhali, Danish Daniel (Coki)

WATAK PELAKON
Azman Ahmad sebagai Sham
Nabila Huda sebagai Ima
PU Azman sebagai Haziq
Jaja Iliyes sebagai Shikin
Danish Daniel sebagai Coki
Zali Shuhali sebagai Zamri

SINOPSIS PETAKA
Mengisahkan kemiskinan hidup keluarga Sham selepas kematian ayahnya. Ibunya menderita sakit kaki, manakala adiknya, Syikin tidak mampu ke sekolah kerana kekangan kewangan. 

Sham bekerja keras melakukan kerja-kerja kampung bukan sahaja untuk menyara keluarganya malah demi memenuhi hasrat hati bagi menebus balik rumah pusaka yang sebelum ini terpaksa dijual kerana kemiskinan. 

Kedaifan keluarganya berubah secara drastik apabila Sham menerima tawaran bekerja sebagai pemandu lori barang di kedai perabot Haziq. Tugasnya hanya mengambil dan menghantar barangan perabot dari sempadan Thailand ke kedai Haziq di Alor Setar. Haziq bekerja di bawah Datuk Jamil. 

Upah yang diterimanya cukup lumayan buat seorang pemandu lori. Walaupun terdetik di hatinya tentang upah itu, namun Sham teruskan juga pekerjaan tersebut selepas percaya kepada Haziq. Sehinggalah Sham dapat menebus semula rumah pusaka arwah ayahnya. 

Pekerja Haziq, Ima menasihati Sham supaya berhenti daripada pekerjaan itu tanpa mengesyaki apa-apa. Bagaimanapun upah yang diterimanya semakin banyak dan membuatkan Sham mula tertanya-tanya. 

Pesan Haziq supaya dia tidak banyak bertanya dan tengok barang yang dibawanya itu tidak diendahkan. Sham terkejut kerana baru sedar selama ini dia menjadi tukang hantar barang terlarang. Sham tidak tahu yang dia adalah keldai dadah kepada Datuk Jamil.

Petaka hidup Sham semakin hebat apabila dia gagal menghantar barang Datuk Jamil serta menghilangkannya. Bukan sahaja Sham, konco-konco Datuk Jamil yang diketuai oleh Zamri turut membelasah ibu Sham dan Syikin. Ibu mereka mati dibunuh.

Zamri semakin liar apabila meletupkan Sham di dalam sebuah kereta. Apakah nasib Sham dan Syikin? Semuanya dalam Petaka, sebuah kisah kekeluargaan, kemasyarakatan, kedaifan dan kenaifan.