Drama Cik Ayu Mee Sanggul

Cik Ayu Mee Sanggul

Drama bersiri 'Cik Ayu Mee Sanggul' akan bersiran di slot MegaDrama Astro Ria. Dibintangi oleh Aqasha, Amelia Henderson, Dynas Mokhtar, Fimie Don dan ramai lagi. Drama bergenre romantik komedi, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Cik Ayu Mee Sanggul bakal bersiaran mulai 27 Julai 2021, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di  Astro Ria.

JUDUL : CIK AYU MEE SANGGUL
EPISOD : 16
TARIKH : 27 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Aqasha, Amelia Henderson, Aryan Azdrin, Shiqin Kamal, Wan Raja, Dynas Mokhtar, Iman Zulkarnain, Fimie Don, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Rosyam Nor, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah, Cat Farish

WATAK PELAKON 
Amelia Henderson sebagai Cik Ayu 
Aqasha sebagai Akhtar 
Aryan Azdrin sebagai Uwais
Iman Zulkarnain sebagai Rizman 
Shiqin Kamal sebagai Mastura
Fimie Don sebagai Joe Al-Jufry
Asha Merican sebagai Icha
Nabil Aqil sebagai Hazmel/Mel
Aznah Hamid sebagai Wan Cun
Mahmud Ali Bashah sebagai Razak
Izzendra sebagai Zaza 
Natasha Hamzah sebagai Wan Milah
Cat Farish sebagai Hamzah
Wan Raja sebagai Faizal
Dynas Mokhtar seabagai Farhana
Rosyam Nor sebagai Tuan Baharom

SINOPSIS CIK AYU MEE SANGGUL
Mengisahkan pengorbanan seorang balu muda yang menikahi seorang duda tanpa ikatan cinta demi menjadi ‘ibu segera’ kepada Uwais, anak duda tersebut. Ayu adalah pengusaha Mee Sanggul yang berjaya di Kota KL. Perkenalan dan hubungan rapatnya dengan Uwais serta Nek Wan ditentang oleh Akhtar apabila mendapat tahu Ayu adalah isteri kepada Arwah Tuan Baharom yang mewarisi segala hartanya. Akhtar skeptikal terhadap status janda Ayu kerana pengalaman pahitnya bersama bekas isterinya. Uwais pula masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu. Ayu berkorban dan membuat keputusan untuk meminang Akhtar sendiri. Ayu juga didekati lelaki-lelaki lain dalam hidupnya yang sentiasa menjadi penghalang kisah cintanya.

Cik Ayu Mee Sanggul
Cik Ayu Mee SanggulPelakon Cik Ayu Mee Sanggul