Drama Hari Kita Jatuh Cinta

Hari Kita Jatuh Cinta

Nantikan drama bersiri 'Hari Kita Jatuh Cinta' diinspirasikan daripada novel karya Shera Zulghafar. Menampilkan gandingan pelakon Intan Ladyana, Azlee Khairi, Oktovia Manrose dan Gambit Saifullah. Drama terbitan Zeel Production, diarahkan oleh Rahim Zali. Hari Kita Jatuh Cinta bersiaran setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam bermula 17 Mei 2021 di Awesome TV saluran 123, Astro atau saluran 112, MyTV

JUDUL : HARI KITA JATUH CINTA
EPISOD : 18
TARIKH TAYANGAN : 17 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10:00 malam
SIARAN TV : Awesome TV (slot Drama Ohsem)
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENULIS NOVEL : Shera Zulghafar
PENGARAH : Rahim Zali
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Intan Ladyana, Azlee Khairi, Oktovia Manrose, Gambit Saifullah, Trisha Ooi, Azza Elite, Lydiawati, Zainol Macwilson, Shah Khan, Puteri Khareeza, Halmey Hamdan, Mas Anizan, Naim Shamshol

WATAK PELAKON
Intan Ladyana sebagai Mariam Sophia
Azlee Khairi sebagai Yusof Farhan
Oktovia Manrose sebagai Julia Anita
Gambit Saifullah sebagai Adam Firhad
Trisha Ooi sebagai Anna Nabila
Azza Elite sebagai Rohani
Lydiawati sebagai Fatimah
Zainol Macwilson sebagai Abdul (ayah Mariam).
Shah Khan sebagai Hamdan
Puteri Khareeza sebagai Aishah
Halmey Hamdan sebagai Datuk Razak
Mas Anizan sebagai Puan Hilda (mak Farhan)
Naim Shamshol sebagai Sazali

SINOPSIS HARI KITA JATUH CINTA 
Pertemuan tanpa diduga Mariam Sophia lakonan Intan Ladyana dan Yusoff Farhan lakonan Azlee Khairi telah menyulam rasa cinta antara mereka. Namun kemunculan Firhad (Gambit Saifullah), adik kepada Farhan telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada Mariam kerana Firhad sebenarnya bekas kekasih Mariam. Tapi untuk mengelakkan kecurigaan Farhan, Mariam telah berterus terang tentang kisah silamnya dan akhirnya mereka telah berkahwin.

Bermula apabila Farhan telah ke Palu, Indonesia untuk bantuan mangsa gempa bumi tanpa memberitahu Mariam perkara sebenar. Dia telah meninggalkan Mariam yang dalam keadaan hamil tanpa pengetahuannya. Sepanjang ketiadaan suaminya, pelbagai yang telah berlaku kepada Mariam yang membuatkan Mariam menderita. Dan lagi memilukan apabila kepulangan Farhan dalam keadaan yang tidak mengingati siapa Mariam disisinya.

Hari Kita Jatuh Cinta

Hari Kita Jatuh CintaPelakon Hari Kita Jatuh Cinta