,

Drama Melastik Ke Hatimu (TV3)

January 20, 2021

Melastik Ke Hatimu

Nantikan drama adaptasi novel 'Melastik Ke Hatimu' karya Aqma Dee di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Andi Bernadee dan Janna Nick. Drama romantik komedi terbitan OrangeTree Production dibawah arahan Azmi Hata. Akan bersiaran mulai 21 Januari 2021, setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : MELASTIK KE HATIMU
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 21 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Siti Solehah Abdul Ghani, Eja Lorena, Rohaidah Aida Adia
PENULIS NOVEL : Aqma Dee
PENGARAH : Azmi Hata
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Wani Keyrie, Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Wanna Ali, Ahmad Ezzrin Loy, Idzham Ismail, Afifah Nasir, Noniswara, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Ridzuan Hashim, Cassia Iman

WATAK PELAKON 
Janna Nick sebagai Haura Annisa
Andi Bernadee sebagai Ziyyad
Hafidz Roshdi sebagai Naim
Norman Hakim sebagai Jeffry
Wani Kayrie sebagai Fatin 
Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
Wanna Ali sebagai Natasha
Idzham Ismail sebagai Luqman
Azizah Mahzan sebagai Mak Limah
Cassia Iman sebagai Inayah

LAGU TEMA (OST)
Ucop - Pencinta Setiamu

SINOPSIS MELASTIK KE HATIMU
Mengisahkan Haura (Janna Nick) seorang pekerja kilang yang berpewatakkan kasar, tetapi hidupnya sering diatur oleh ibunya. Percintaan Haura dengan jejaka pilihannya, Naim (Hafidz Roshdi) dihalang oleh ibunya, Mak Limah (Azizah Mahzan) kerana Mak Limah hanya mahu bermenantukan orang kaya demi kesenangan keluarga mereka. Naim pula hanyalah seorang peon, yang semestinya dipandang rendah oleh Mak Limah.

Bukan Haura sahaja, malah kakaknya Faida (Puteri Sarah Liyana) juga dijodohkan oleh Mak Limah untuk berkahwin dengan Azzam, seorang yang berada juga atas sebab yang sama. Faida sebagai seorang anak yang baik mengikut kemahuan ibunya. Namun, Mak Limah kecewa apabila selepas berkahwin, dia mendapati Azzam walaupun seorang yang berada, tetapi dia juga merupakan seorang yang kedekut.

Naim pula sedar yang Mak Limah enggan bermenantukannya namun dia tidak mudah berputus asa dan cuba mengambil hati keluarga Haura. Haura yang sering bermasalah ditempat kerja mula menarik perhatian Pengurusnya, Ziyyad (Andi Bernadee). Ziyyad pula mula menyimpan perasaan terhadap Haura dan mula mengumpul maklumat tentang Haura secara rahsia. Dalam masa yang sama, Mak Limah bertemu Naim dan mengatakan dia setuju dengan hubungan Naim dengan anaknya tetapi dengan syarat pertunangannya adalah Naim mesti membawa wang hantaran sejumlah RM20 ribu. Naim bersetuju dengan syarat tersebut dan akan berusaha untuk mendapatkan wang tersebut.

Namum, pada hari pertunangannya, Naim tidak muncul dan tidak dapat dihubungi. Haura sangat kecewa dan oleh kerana marah dia menyerahkan kepada ibunya untuk buat keputusan selanjutnya. Dalam pada itu, Ziyyad yang mengetahui situasi Haura muncul menjadi penyelamat dengan menghantar rombongan meminang. Merasa lega dengan kehadiran Ziyyad, Mak Limah menerima lamaran Ziyyad dengan hati terbuka apatah lagi mengetahui Ziyyad merupakan pengurus kilang tempat Haura bekerja.

Adakah Haura akur dengan keputusan ibunya dan menerima Ziyyad? Adakah Naim akan merelakan Haura begitu sahaja?

Episod 1
Haura berlari keluar dari kilang meninggalkan rakan baiknya Ain kerana buah hatinya, Naim sudah menunggu dengan motosikal. Hari ini Naim berjanji untuk membawa Haura menonton wayang. Haura bekerja di kilang itu sebagai operator manakala kakak sulungnya, Faida turut bekerja di situ sebagai kerani. Faida yang melihat Haura  bersama Naim menegur Haura tetapi Haura meminta Faida coverline dia sekiranya mak mereka, Mak Limah bertanya. Memang selama ini Faida yang selalu back up dengan mengatakanya yang Haura overtime dan tidak pernah lagi Haura kantoi keluar dating dengan Naim.  Ziyyad, bos kilang itu dilihat berjalan keluar menuju ke keretanya. Ziyyad dipanggil ‘kayu cengal’ oleh pekerja-pekerja kilang kerana Ziyyad jarang senyum dan hanya bercakap perkara yang perlu sahaja. Sungguh pun begitu, Ziyyad digilai oleh seorang pekerja kilang bernama Natasya. Petang itu Natasya cuba menegur Ziyyad tetapi Ziyyad tak layan. Nastasya digelakkan rakan-rakan yang lain.

Melastik Ke Hatimu

Melastik Ke Hatimu
Melastik Ke Hatimu
Pelakon Melastik Ke Hatimu

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow