Drama Hadiah Dari Tuhan (TV3)

Hadiah Dari Tuhan

Nantikan drama bersiri 'Hadiah Dari Tuhan' yang menelusuri realiti kehidupan termasuk petugas barisan hadapan pada era pandemik Covid-19. Menampilkan lakonan Syafi Tee, Riena Diana, Puteri Rafasya, Sophia AlBarakbah, Amy Mastura, Fezrul Khan dan ramai lagi. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Fairuz Loy. Bakal ditayangkan di slot Lestary TV3 bermula 24 Disember ini.

JUDUL : HADIAH DARI TUHAN
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 30 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Janjira
PENGARAH : Fairuz Loy
PRODUKSI : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Syafi Tee, Riena Diana, Sophia AlBarakbah, Puteri Rafasya, Amy Mastura, Izreen Azminda, Fezrul Khan, Zazly Baginda, Dynas Mokhtar, Zaefrul Nordin, Fathil Dani, Fauziah Nawi, Ku Faridah, Zazly Baginda, Ummar Dzariff, Aryana Amani

WATAK PELAKON 
Syafi Tee sebagai Qul
Riena Diana sebagai Ika
Sophia AlBarakbah sebagai Bella
Puteri Rafasya sebagai Fatin
Amy Mastura sebagai Jannah
Fezrul Khan sebagai Dr Zabidi
Dynas Mokhtar sebagai Khatty
Ummar Dzariff sebagai Adli
Aryana Amani sebagai Pika

LAGU TEMA (OST)
Barisan Hadapan - Azlan & The Typewriter 
Muhasabah - Alfie Zumi 

SINOPSIS HADIAH DARI TUHAN
Kisah pergolakkan hidup tiga remaja dari latar belakang taraf kehidupan berbeza menempuh kehidupan suka duka ketika Malaysia berdepan dengan wabak Covid19.

Qul Fattah lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lahir dalam keluarga kategori T20.

Qul telah kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah.

Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit.

Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap di rumah pangsa. 

Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa, tetapi kedua ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia masih kecil.

Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai datuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap.

Apabila wabak COVID-19 menular, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan.

Hadiah Dari Tuhan
~akan dikemaskini

Hadiah Dari Tuhan tv3
Pelakon Hadiah Dari Tuhan