,

Drama Sang Pewaris (TV3)

December 15, 2020

Sang Pewaris

Nantikan drama adaptasi novel 'Sang Pewaris' karya Fizziany di slot Lestary TV3. Menemukan gandingan Ben Amir dan Amyra Rosli. Drama arahan Eyra Rahman, terbitan Global Station Sdn Bhd. Disiarkan bermula 26 November 2020, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3. Sang Pewaris juga boleh ditonton semua episod secara percuma di wetv.vip atau melalui aplikasi WeTV.

JUDUL : SANG PEWARIS
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar, Farah Alya Asari
PENULIS NOVEL : Fizziany
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Dilla Ahmmad, Harun Hashim, Wan Sharmila, Fad Anuar, Mimi Ernida, Zaefrul Nordin, Bidin Alzaifah

WATAK PELAKON
Ben Amir sebagai Megat Amer / Megat Dali / Kudin
Amyra Rosli sebagai Zara Aireena
Zarynn Min sebagai Puan Sri Kamariah
Zaefrul Nordin sebagai Tan Sri Megat Khairuddin
Fizz Fairuz sebagai Dr. Mahfuz
Zamarul Hisham sebagai Mahmud
Harun Hashim sebagai Pak Samad
Sheila Mambo sebagai Mak Bedah 
Ieda Moin sebagai Chesom
Acong Sweetchild sebagai Pak Kadir
Wan Sharmila sebagai Malina
Fad Anuar sebagai Jamal
Mimi Ernida sebagai Zizi
Bidin Alzaifah sebagai Mat Bunga

LAGU TEMA (OST)
Tajuk : X Missing U
Penyanyi : Dayang Nurfaizah, Faizal tahir 
Ciptaan : Faizal Tahir, Mike Chan

SINOPSIS SANG PEWARIS
Ali, seorang pemuda kampung biasa tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah. Dia sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Ali sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya.

Ali diberitahu oleh Haji Mahfuz bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tunku Ahmad dan Tunku Kamariah dan diminta untuk pulang. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar. 

Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara, anak angkat keluarganya. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya.


EPISOD 1
Ali merupakan seorang pemuda kampung biasa. Siang kerja kilang, malam jual burger. Rutin hariannya sama saja setiap hari. Dia tinggal dengan ibu dan bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah, dan setiap hari dia akan berjumpa dengan dua rakan baiknya, Jambang dan Malina (seorang gadis tomboy). Namun, ada sesuatu yang sering dialami oleh Ali dari dia remaja sehingga sekarang; dia selalu bermimpikan sesuatu yang pelik; seorang wanita cantik yang muda dan seorang lagi sedikit berumur. Ali tak faham kenapa mimpi itu selalu datang padanya.

EPISOD 2
Mereka bertiga pulang ke Kampung Kuala, dan Ali  nak apply jadi tukang kebun kat situ. Acah acah je, asalkan dia dapat masuk. Bila dah masuk, dah jumpa Zara, dia chow la balik! Malina ingatkan Ali yang benda tu bukan benda senang. Dah terang-terang ada tulis apa kelayakan yang diperlukan untuk apply jadi tukang kebun kat situ. Malina bagi suggestion suruh Ali tinggalkan je wallet tu kat situ dengan nota mintak maaf. Tapi Ali tak nak, sebab dia tetap nak jumpa dengan Zara, ada banyak persoalan yang dia nak tau, antaranya, kenapa gambar dia ada dalam wallet Zara. Tapi dalam masa yang sama dia tak nak kena tangkap sebagai pencuri wallet. Mereka bertiga berfikir panjang, dan akhirnya Jamal kata ada satu orang je yang boleh bantu mereka sekarang ni.

EPISOD 3
Pak Samad dan Mak Bedah mula panik apabila Ali tidak ada dalam biliknya. Mereka mula buat kecoh dan menuduh kononnya mesti ada orang kampung yang dengki dan menculik Ali lepas tau Ali tu anak orang kaya. Mak Bedah yang paling beria sedih. Sikit tak banyak, dia rasa Ali lari sebab merajuk dengan dia bila kononnya Mak Bedah nak serahkan anak kesayangan pada orang lain. Jenuh jugak Pak Samad nak pujuk.

EPISOD 4
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Puan Sri Kamariah berpakaian cantik, rumah pun dah dihias, untuk menyambut kepulangan Megat Dali. Puan Sri Kamariah nampak tak sabar menunggu kehadiran Megat Dali. Sementara itu, Tuan Haji Mahmud sedang menunggu di hentian bas tetapi Ali tidak muncul-muncul. Ali as Kudin berselisih dengan Tuan Haji Mahmud tapi mereka tak kenal satu sama lain. Tuan Haji Mahmud semakin runsing. Dia mula call Pak Samad dan Mak Bedah dalam keadaan marah, mengatakan yang mereka sengaja tidak mahu lepaskan Ali setelah berjanji akan lakukan, membuatkan Mak Bedah dan Pak Samad bingung. Tuan Haji Mahmud mula gusar, apa yang akan dijawab pada Puan Sri yang sedang berharap tu.

EPISOD 5
Zara marah Kudin, menuduh Kudin cuba untuk merompak rumah itu (Zara belum tahu Kudin adalah tukang kebun baru), walaupun Kudin telah berkali-kali beritahu yang dia adalah tukang kebun baru rumah itu. Nasib Ali baik bila Che Som dan Pak Kadir muncul dan terangkan perkara sebenar pada Zara. Keesokannya, Ali diberi amaran oleh Che Som untuk menjauhi Zara lepas apa yang berlaku malam tadi. Dia tak berhenti meminta maaf atas apa yang berlaku. Ali cuba untuk jumpa Zara dan meminta maaf, tapi Zara tetap dingin dengan dia, dan setiap kali dia nampak Ali (Kudin), dia terasa rimas.

EPISOD 6
Ali dan Amer bertentang mata buat kali pertama. Ali terkejut tengok Amer depan mata seperti gambar dalam wallet Zara. Ada moment sekejap (moment kembar) tapi mereka abaikan dan sambung dengan urusan masing-masing. Ali cuba memerhatikan Amer dari jauh. Apabila Amer keluar, Ali menyelinap masuk ke bilik Amer. Ali jumpa gambar Amer dengan kembarnya masa umur 2 tahun. Ali terkejut. Ini ke rumah orang kaya yang mencari anak yang hilang seperti diperkatakan kat kampungnya tu? Jadi, betul ke Ali anak yang hilang tu? Ali mula terfikir kenapa dia dibuang sedangkan Amer disimpan?

EPISOD 7
Doktor Mahfuz memang seperti sedang merancang sesuatu. Semenjak dengar perbualan Doktor Mahfuz dengan Pak Samad, Ali semakin dirundung resah dan tak senang duduk. Bermacam-macam benda bermain dalam fikirannya. Dia tak faham macam mana mereka berdua boleh kenal. Tambahan pula siapa “bayi” yang disebut oleh Doktor Mahfuz itu. Lebih membuatkan dia tak sedap hati, apa kaitan ayah angkatnya dalam hal ni?

SINOPSIS NOVEL SANG PEWARIS
Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;

1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.

Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

GAMBAR PELAKON
Sang Pewaris
Amyra Rosli dan Ben Amir

Drama Sang Pewaris

Pelakon Sang Pewaris

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Follow