Drama Hatimu Sedingin Salju (TV3)

Hatimu Sedingin Salju

Nantikan drama 'Hatimu Sedingin Salju' bakal ditayangkan di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail dan Bella Dowanna. Drama bersiri 28 episod arahan Bahri Uma. Disiarkan bermuula 24 Jun 2021, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. Drama ini juga ditayangkan sejam kemudian di platform penstriman iQiyi melalui www.iQ.com atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store

JUDUL : HATIMU SEDINGIN SALJU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 24 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Shida Zali, Mia Marziah Manaf, Ema Shamsuri, Azril Hamzah
PENGARAH : Bahri Uma
PRODUKSI : Orangetree Production
PELAKON : Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Mustafa Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Khaty Azian, Scha Eliana, Zaefrul Nordin, Aleza Shadan, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Mathni Razak, Ziema Din, Liza Semron, Omar Rizal, Saifullah Mohd Yunus, Natasha Elyzza, Alif Hilman, Ezzaman Othman

WATAK PELAKON 
Hisyam Hamid sebagai Arman
Apreena Manrose sebagai Rania 
Hafeez Mikail sebagai Nabil 
Bella Dowanna sebagai Syena
Fadlan Hazim sebagai Haikal
Mustafa Kamal sebagai Datuk Jamal
Maria Farida sebagai Datin Mimi
Rahim Jailani sebagai Mahfuz
Zila Bakarin sebagai Noraini
Khaty Azian sebagai Normala
Scha Eliana sebagai Melissa 
Zaefrul Nordin sebagai Datuk Hisyam
Aleza Shadan sebagai Datin Afifa
Idzham Ismail sebagai Huzair 
Mathni Razak sebagai Rizki 
Ziema Din sebagai Sarah
Liza Semron sebagai Mira 

LAGU TEMA (OST)
Sarah Suhairi - Andaikan
Komposer : Sharon Paul
Lirik : shah Shamshiri 

SINOPSIS HATIMU SEDINGIN SALJU
Mengisahkan tentang Arman (Hisham Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania lakonan Aprena Menrose selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.

Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu.

Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania.

Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

Episod 1 - Datin Mimi resah melihat Arman yang tidak pernah mengendahkan soal jodoh walaupun umurnya hampir 33 tahun. setiap kali dia menunjukkan calon isteri buat Arman, Arman akan menolak. tambahan pula suaminya Datuk Jamal tidak membenarkan Datin Mimi mencampuri urusan peribadi Arman kerana tahu Arman Sibuk dengan kerja di pejabatnya.

Episod 2 - Rania berhenti kerja dan mahu berehat untuk tenangkan fikirannya. Syena yang kebetulan ketika itu telah mengambil cuti mengajak Rania ke Kuantan untuk bercuti bersamanya. Rania bersetuju. Datin Mimi pura-pura berbaik dengan Puan Noraini untuk mengetahui perkembangan Rania. Puan Noraini bangga kerana dapat berkawan dengan Datin Mimi. Setelah mengetahui Rania di Kuantan. Datin Mimi terus mendesak Nabil membawa Arman ke Kuantan untuk menjalankan misi menyatukan Arman dan Rania. 

Episod 3 - Nabil sukar untuk mendekati Rania kerana Syena bencikan dirinya. Setiap kali Nabil mengajak Rania dan Syena keluar, Syena akan menghalang kerana tak sukakan Nabil. Suatu ketika dulu Nabil pernah mengecewakan rakan mereka, Ela sehingga terpaksa berhenti belajar dan pulang ke kampung. 

Episod 4 - Arman selalu memberi kata-kata semangat pada Rania yang baru dikecewakan. Arman bercerita mengenai dirinya dahulu yang pernah dikecewakan tetapi menganggap Itu semua dugaan yang menjadikannya bertambah kuat. Rania tidak tahu dialah yang menyebabkan Arman kecewa. Sementara itu Datin Mimi gembira Nabil pengirim gambar-gambar Rania dan Arman bersama. Nabil minta Datin Mimi booking siap-siap kereta sport idamannya.  Datin Mimi sampaikan berita tersebut pada Datuk Jamal. Datuk Jamal tak kisah asalkan jangan sampai Arman ada masalah cinta hingga memberi kesan pada kerja di pejabat.

Episod 5 - Arman sangat gembira kerana sering keluar bersama Rania. Rania ucapkan terima kasih pada Arman kerana menggembirakan hatinya. Arman suruh Rania tidak fikirkan sangat pasal Haikal. Teruskan hidup dengan nafas yang baru. Ketika Nabil keluar dengan Rania, Nabil mula rasakan ada sesuatu yang istimewa pada Rania yang tidak ada pada gadis-gadis yang Pernah dia jumpa. Ini membuatkan Nabil mahu mengenali Rania lebih dengan lebih mendalam lagi. 

Episod 6 - Di Kuantan Nabil mengambil peluang untuk keluar bersama Rania. Nabil sendiri tidak menyangka yang dia boleh menyukai Rania. Dia tidak sangka Rania akan berubah tidak seperti ketika Rania di kolej dahulu. Nabil juga memberi pelbagai alasan supaya Arman tidak dapat berjumpa Rania. 

Episod 7 - Datin Mimi minta Nabil teruskan usaha untuk menyatukan Rania dan Arman kerana ganjaran kereta sport car masih dibuka tetapi Nabil beri alasan dia tidak suka memaksa Arman. Datin Mimi pelik melihat perubahan Arman yang sangat ceria tak seperti sebelumnya. Bila ditanya Arman beritahu mungkin dia baru habis bercuti. dia gembira bersama Nabil dan kawan-kawannya. Arman cuba untuk menelefon Rania tetapi masih malu.

Episod 8 - Rania marah kerana Arman mengaku dia kekasih Arman. Arman pula marah Rania kerana berkawan dengan orang seperti Sandra. Rania beri alasan sepupunya mahu mendapatkan dia kerja. Arman menawarkan Rania untuk bekerja dipejabatnya. Rania gembira.

Hatimu Sedingin Salju
Hatimu Sedingin Salju

Pelakon Hatimu Sedingin Salju