,

Drama Bidadari Salju (TV3)

January 03, 2021

Bidadari Salju

Nantikan drama adaptasi novel 'Bidadari Salju' karya Mia Kiff di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina. Drama bersiri 28 episod arahan Riza Baharudin. Bidadari Salju ditayangkan bermula 15 Disember 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : BIDADARI SALJU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 15 Disember 2020 
WAKTU SIARAN : Isnin-Jummaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
PENGARAH : Muhamad Riza Baharudin
PRODUKSI : Primeworks Studis & A.Aida Production
PELAKON : Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah , Nizam Kama, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah, Damia Qaissarah 

WATAK PELAKON
Adam Lee sebagai Hariz
Sweet Qismina sebagai Kayra
Jasmine Suraya sebagai Jeanny
Chacha Maembong sebagai Dania
Fimie Don sebagai Naufal
Jaja Iliyes sebagai Anita 
Zaki Azeman sebagai Aiman
Syazuwan Hassan sebagai Raqib
Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
Siti Khadijah Halim sebagai Marissa
Zulkifli Ismail sebagai Tuan Azman
Lisdawati sebagai Puan Fauziah
Rosnah Johari sebagai Mariam 
Lan Zailan sebagai Ilias 

LAGU TEMA / OST 
Mimpi - Haqiem Rusli 
Pewangi - Zali Rusli 
Suratan Luka - Muna Shahirah 
 
SINOPSIS BIDADARI SALJU
Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Mereka berkahwin tetapi perkahwinan mereka diuji apabila Hariz ditangkap diatas katil dengan sepupunya sendiri, Jeanny.

Episod 1
Kayra yang sudah menginjak usia remaja 16 tahun, seorang anak gadis yang hidup berlatar belakangkan dari keluarga susah. Bapanya, Ilias, adalah seorang penoreh getah yang mengambil upah harian dari ketua kampung. Ibunya, Mariam, adalah suri rumah sepenuh masa. Pun begitu ianya tidak mematahkan semangat Kayra yang ringan tulang untuk membantu beban mencari rezeki kedua ibubapanya. Sikap Kayra yang rajin dengan bekerja di gerai makan Kak Pah membuatkan Ilias kadang merasa serba- salah. Kayra tidak ambil pusing, selepas sekolah dia akan ke situ untuk membantu Kak Pah di gerai, dari petang hingga ke malam. Kayra gembira dan merasa puas kerana dapat membantu ibubapanya setakat yang dia termampu. Sikap berdikari dan menghargai ibubapa sudah terpupuk dalam jiwa anak gadis itu.

Episod 2
Tidak cukup dengan fitnah gambar separuh bogel, Kayra dipanggil guru disiplin sekali lagi kerana surat cinta dan pujuk rayunya pada Hariz. Hariz sedikit pun tidak punya belas kasihan pada Kayra atas fitnah yang telah direkanya itu. Kayra dicemuh dan dipandang hina seolah seperti gadis yang tiada maruah. Guru disiplin memberi amaran untuk menggantungnya dari sekolah jika dia melakukannya sekali lagi, dan memberi hukuman rotan di tapak tangan Kayra. Kayra menangis melepaskan kesedihannya. Hanya itu yang dia temampu.

Episod 3
Suatu hari Diana mengajak Kayra ke padang bola. Perlawanan baru selesai, dan kebetulan Naufal adalah salah seorang pemain utama. Kayra keberatan awalnya kerana tahu Hariz juga salah seorang pemain, dan Marisa dan kuncu- kuncunya pasti ada di situ nanti. Diana memujuk Kayra kerana dia hanya mahu berjumpa Naufal sebentar dan mereka boleh terus pulang selepas itu. Kayra bersetuju dan menunggu di tepi padang bola.

Episod 4
Beberapa hari di kampung, Kayra sudah mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat bumiputera yang disegani, Azman Holding Sdn Bhd. Melonjak gembira Kayra walaupaun tawaran kerja adalah dalam bidang lain. Mariam merasa kekok untuk Kayra berjauhan dengan anaknya namun Kayra tetap dengan keputusannya. Kayra memulakan kerjanya di syarikat tersebut.

Episod 5
Kayra gembira berkerja di syarikat Azman Holding. Tidak dia ketahui tuan punya syarikat, Tuan Azman, adalah bapa kepada Hariz. Azman sudah mengetahui kisah Kayra dan Hariz sejak dari mereka sekolah dulu lagi. Di rumah pula, Azman dan ibu Hariz, Fauziah berusaha memujuk Hariz untuk menyertai syarikat Azman. Hariz menolak dengan alasan dia mahu merancakkan aktiviti galeri lukisannya dahulu. Namun di dalam bilik tidur Hariz, Fauziah menangis menceritakan sejarah perit yang terpaksa dilalui mereka untuk menaikkan kembali syarikat keluarga mereka, demi masa depan Hariz nanti. Terkesan Hariz dengan cerita ibunya.

Episod 6
Azman mendengar keluh- kesah Hariz tentang hasrat murninya yang sering ditolak Kayra. Azman tahu yang Hariz hanya mahukan Kayra. Dia menasihati Hariz supaya bersabar. Di satu perlawanan bolasepak peringkat kebangsaan, Kayra mengikut Diana yang mahu memberi sokongan pada Naufal, suaminya. Terkejut Kayra bila Hariz juga ada di situ. Selepas perlawanan, mereka berkumpul dan bersembang. Raqib walaupun pemain bagi pihak lawan turut serta. Raqib terus menyatakan keseriusan perasaannya pada Kayra dan memberi sebentuk cincin pada Kayra. Diana suka kerana Raqib tampan orangnya. Hariz merasa tidak sedap hati dan Kayra tidak memberi sebarang jawapan, seolah dia mahu menimbang perkara tersebut.

Episod 7 
Hariz senyum senang, sebut sahaja dia sahaja dia akan menaja termasuklah tempahkan gelanggang futsal untuk semua berlatih nanti. Hariz juga menawarkan dirinya untuk pergi ke “water rafting” di Kuala Selangor untuk menjadi pasangan Kayra apabila Athirah tidak turut serta kerana takutkan air. Kayra tersentak, paksa senyum tanpa kata manakala Chombi mengalu-alukan Hariz menyertai aktiviti mereka.

Episod 8
Hariz menemani Kayra membuat latihan badminton bagi acara sukan tahunan. Dia cemburu jika ada mana-mana lelaki merenung atau memuji Kayra. Dia terasa hati melihat Kayra menerima salam perkenalan dari seorang lelaki bernama Iskandar tanpa memikirkan perasaannya. Kayra terkedu apabila ditengking oleh Hariz kerana bermesra dengan lelaki lain.

Episod 9
Kayra berasa puas kerana berjaya membuatkan Hariz kecewa, bersedih dan menderita. Sedikit sebanyak dendamnya terbalas apabila melihat juraian air mata pada wajah Hariz. Tapi Kayra terkejut apabila dimaklumkan oleh Hayati tentang Hariz kemalangan teruk dan koma, kebetulan pada waktu selepas bergaduh dengannya. Tidurnya terganggu dengan mimpi, ternampak Hariz berpakaian serba putih sedang merenung ke arahnya.

Episod 10 
Hariz yang turut berada di situ tergamam menyaksikan kecurangan Raqib, mengambil keputusan mengejar Kayra. Hariz hairan melihat Kayra cool sahaja sedangkan dia patut kecewa dengan Raqib. Rupanya Kayra sudah dapat agak yang Raqib akan buat perangai. Sejak itu, hubungan Kayra dengan Hariz bertambah baik. Satu ketika sedang Kayra memandu, Raqib menelefon. Hariz menjawab panggilan tersebut, membuat pengakuan yang Kayra sudah menjadi miliknya dan minta Raqib lupakan Kayra sebab dia akan berkahwin dengan Kayra hujung tahun ini. Kayra terpinga-pinga, marah apabila Hariz memandai- mandai menjawab telefon tanpa kebenarannya.

Episod 11 
Hariz terpana mendengar suara Kayra memberi salam. Dia seperti bermimpi melihat wajah Kayra yang bersalaman dengan mama dan papanya. Sangkanya, Kayra telah mati. Ketika majlis kesyukuran di rumah kampung Kayra, Hariz muncul bersama papa dan mamanya datang, membuatkan Kayra terkejut. Ajakan ‘ayam’ rupanya diambil serius pihak Hariz. Mereka dihidangkan dengan masakan yang begitu digemari Azman dan Fauziah. Kayra bertambah mengeluh bila emak dan ayahnya mempelawa keluarga Hariz bermalam di rumahnya disebabkan ayahnya mengenali Tuan Azman.

Episod 12 
Kayra berterima kasih kepada Tuan Azman kerana membuat kejutan hari lahirnya. Dia hampir-hampir menitiskan air mata. Hariz tidak meraikan bersama kerana bekerja di luar daerah. Kayra juga menerima ucapan tahniah daripada Tuan Azman kerana menaikkan lagi reputasi syarikat melalui sikap berani Kayra bertempur dengan penjenayah tempohari. Lantas Tuan Azman menaikkan pangkat Kayra, dengan jawatan yang setanding dengan kelayakan Kayra. Kayra gembira tidak terkira.

Episod 13 
Kayra tergamam dan terkejut, tidak sangka Tuan Azman menyebut peristiwa lima tahun lalu di padang bola, insiden dia menampar Hariz. Tersentuh mendengar cerita Tuan Azman yang berusaha untuk dia berbaik dengan Hariz disebabkan sudah lama Hariz memendam perasaan dalam diam. Kayra masih tak dapat menerima Hariz sebagai bakal suaminya. Dia menunjukkan gambar calon- calon isteri pada Hariz. Kayra memujuk Hariz agar menangguhkan perkahwinan setahun dua dengan alasan Hariz akan pening kepala melayan kerenahnya.

Episod 14 
Kayra buat muka selamba walaupun Hariz tidak berpuas hati, yang dia keluar dengan Wan Hakimi. Kaya mempertahankan tujuannya hanya untuk hiburkan hati Yaya yang kehilangan ibunya beberapa bulan lalu, bukan untuk menggatal dengan Wan Hakimi. Kayra berang apabila dituduh yang bukan- bukan oleh Hariz. Kayra pula pantang dihina, dia menanggalkan cincin pertunangan dan diberikan kepada Hariz dengan cara membaling ke muka Hariz. Hariz segera mengambil cincin tersebut tanpa melihat sebuah kereta datang ke arahnya. Dia terselamat apabila Kayra bertindak pantas menariknya ke tepi dan mengambil peluang tersebut memeluk Kayra seeratnya.

Episod 15 
Tiba masa untuk Kayra dan Hariz pulang ke KL ke rumah Hariz kerana majlis di sebelah pihak Hariz pula nanti. Kayra memberi pelbagai alasan untuk tidak bersama namun disangkal Hariz dan Mariam. Tiba di KL di rumah Hariz, Jeanny sepupu Hariz dari London menyambut kepulangan Hariz dan Kayra. Kayra tak selesa melihat aksi spontan Jeanny memeluk suaminya tanpa segan silu, kemudian menarik tangan Hariz masuk ke dalam rumah. Kayra tak peduli malah tidur di bilik tetamu akhirnya.

Bidadari Salju
Sweet Qismina dan Adam Lee
Pelakon Bidadari Salju
Bidadari Salju

F O L L O W →

You Might Also Like

1 comments

  1. #bidadarisalju cite macam xde agama, sape la cipta cite camni.. mengajar jadi isterui nusyuz, mengajar mak ayah brdosa.. benda simple.. tinggal CITE HAL SEBENAR JE..TANYA BETUL2.. mcm idup zaman batu nak bgtau hal sbenar pun susah.. kan dh ada wssap, sms.. CITE JE LAH.. suka tambah dosa je cite ni.. simpan salah paham lama2, merayu ntah ape2.. pngarah, penerbit smua bg cite yg xde pngajaran.. hanya dosa jee berbulan2 laki bini macam yg mengarah n menerbit kot..bosan

    ReplyDelete

recent posts

Follow