Drama Tak Sempurna Mencintaimu (TV3)

Tak Sempurna Mencintaimu

Nantikan drama 'Tak Sempurna Mencintaimu' diinspirasikan daripada novel karya Rehan Makhtar. Menampilkan gandingan Redza Rosli dan Intan Najuwa selaku watak utama. Akan bersiran mulai 29 Mac, setiap hari pukul 7 malam di slot Akasia TV3. Juga boleh menonton secara percuma di platform penstriman WeTV wetv.vip atau menerusi aplikasi WeTV di App Store dan Play Store.

JUDUL : TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 29 Mac - 27 April 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Eja Lorena, Marr Mohamad, Lynnda Sharuddin, Mufid Suhaimi
PENGARAH : Emi Suffian
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Aniq Suhair, Wan Maimunah, Fendy Bakry, Dato Tamimi Siregar, Lydiawati, Azzarima, Mak Jah, Fendi Seman, Nafiez Zaidi, Ali Redza, Shah Khan, Asha Merican, Naim Shamshol, Azza Elite, Zainol Macwilson, Mas Anizan

WATAK PELAKON
Redza Rosli sebagai Mustaqim
Intan Najuwa sebagai Siratul
Rita Nadira sebagai Melissa
Aniq Suhair sebagai Safwan
Wan Maimunah sebagai Mak Hasnah
Fendy Bakry sebagai Epul 
Dato Tamimi Siregar sebagai Dato Mustapha 
Azza Elite sebagai Kak Siti
Lydiawati sebagai Rokiah
Ali Reza sebagai Kyle
Nafiez Zaidi sebagai Fikri
Shah Khan sebagai Kuca
Mak Jah sebagai Mak Cik Muna
Fendi Seman sebagai Pak Cik Husin 
Asha Merican sebagai Commy 
Scha Elinnea sebagai Mawardah 
Zulkhairi Ibrahim sebagai Encik Mazlan 
Rafishah Bakar sebagai Puan Sarah 
Ali Aiman sebagai Taqim 

LAGU TEMA / OST 
Durja - Khai Bahar 
Sakitnya Hati - Venus
Purnama - Naim Daniel
Azimat Cinta - Siti Nurhaliza
Kan Ada Setia - Asmidar, Nami Harez

SINOPSIS TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
Mustaqim (Redza Rosli) tidak percaya akan cinta tetapi hatinya terpaut dengan Siratul (Intan Najuwa), seorang gadis kampung yang berjiwa kental dan tabah. Siratul bahkan berjaya memujuk Mustaqim untuk mengetepikan egonya dan memperbaiki hubungan dengan ayahnya yang terpisah. Namun cinta Mustaqim dan Siratul dihadapi dugaan disebabkan ibu tiri Mustaqim, Melissa yang taksub dengannya. Mustaqim akan melakukan apa sahaja untuk memastikan perkahwinannya dengan Siratul tetap kuat dan tidak tercemar.

Episod 1
Siratul gadis kampung yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian ayahnya. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatan emaknya pula agak teruk. SAFWAN adiknya baru tamat SPM dan kini bekerja di sebuah pasaraya yang berdekatan dengan rumah untuk bantu ringankan beban kakaknya. Hari itu, Sirat minta tolong Wan belikan barang keperluan dapur. Tapi malangnya, dia terima panggilan mengatakan Wan terlibat dalam kemalangan. Tak tunggu lama Sirat bergegas ke lokasi kejadian. MUSTAQIM bengang melihat keadaan motor Ducatinya yang telah dilanggar. Lagi menyakitkan hati bila budak lelaki yang melanggarnya tak ada lesen memandu dan roadtax motor. Sebaik saja Sirat sampai di tempat kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara Sirat dan Taqim.

Episod 2
Taqim sering muncul di kedai makan Kak Siti semata-mata mahukan Sirat melayan dia makan. Sirat pula merasakan Taqim sedang memburunya dengan hutang ganti rugi kemalangan yang masih belum dapat ditunaikan olehnya. Epol dapat tahu yang Taqim menuntut hutang dari Sirat. Epol sama-sama berusaha menolong untuk jelaskan hutang tersebut. Sirat terhutang budi dengan Epol yang telah banyak menolongnya.

Episod 3
Sirat merasa tertipu dengan pakatan Safwan dan Taqim dibelakangnya selama ini. Sirat sangat marah dan membayar semua duit Taqim dan mahu Taqim pergi dan tidak ganggu hidupnya lagi. Pertemuan kembali Taqim dengan daddynya, Datuk Mustapha setelah hampir 10 tahun dia bawa diri dari keluarganya

Episod 4
Taqim bawa diri setelah dimarahi Sirat. Sirat pula seperti rasa kosong tanpa kemunculan Taqim . Dalam diam mereka saling merindui. Sirat selalu masakkan sambal telur lebih mengharapkan kalau-kalau Taqim muncul untuk makan masakannya. Sementara itu, Wan selalu datang bertemu dengan Taqim di masjid bawa bekalan masakan kakaknya untuk Taqim dan Taqim bertanya khabar tentang Sirat melalui Wan.

Episod 5
Sirat rasa bersalah terhadap Taqim setelah mendengar cerita Fiqri dan dia mula berusaha menjejaki dan bertemu Taqim. Sirat memohon maaf atas kekasarannya terhadap Taqim sebelum ini. Oleh itu, Makcik Hasnah menjadi perantara Taqim dan Siratul. Dalam diam dia selalu berhubung dengan Taqim dan Taqim agak tersentuh bila Makcik Hasnah bahasakan dirikan sebagai Emak mengingatkannya kepada arwah mummynya.

Episod 6
Hubungan Sirat dan Taqim kembali pulih malah semakin rapat ditambah lagi dengan sokongan dan restu Makcik Hasnah dan Wan. Namun Sirat masih berusaha pujuk Taqim untuk berjumpa dengan daddynya. Makcik Rokiah jadi sakit hati bila jualan makanan di kedai anaknya Siti kurang laris berbanding sebelum ini disebabkan pelanggan sudah mula beralih membeli jualan makanan Sirat.

Episod 7
Taqim nyatakan hasrat untuk menikahi Sirat bersaksikan Wan dan Fiqri. Sirat terkejut , dia tidak menolak tetapi dia meletakkan syarat terhadap Taqim. Melissa masih mengharapkan Taqim untuk balik kepadanya dan sanggup minta cerai dengan suaminya semata-mata untuk bersama dengan Taqim.

Episod 8
Siratul dan keluarganya menjadi bahan bualan fitnah orang kampung mengenai kedatangan Taqim ke rumahnya dan gelagat mesra Taqim terhadap Sirat juga mula dipersoalkan oleh Makcik Rokiah. Melissa rupanya adalah ibu tiri Taqim dan dia berkahwin dengan Dato’ Mustapha disebabkan dendam terhadap Taqim yang ‘reject’ cintanya dulu.

Episod 9
Taqim ceritakan kepada daddynya mengenai Siratul dan hasratnya untuk menikahi gadis tersebut. Dato’ Mustapha tiada halangan dan minta Taqim bawa Sirat ke rumah untuk dia kenal gadis yang telah berjaya mengisi hati anaknya. Melissa terdengar perbualan Taqim bercerita mengenai bakal jodohnya kepada Dato’ Mustapha. Melissa dihambat rasa cemburu. Melissa tak senang duduk memikirkan yang Taqim akan bawa calon bakal isterinya ke rumah dan mula memikirkan jalan untuk menggagalkan perancangan Taqim.

Episod 10
Melissa datang ke gerai Sirat dan bagi amaran. Sirat menolak permintaan/ ugutan Melissa yang mahukan dia lupa dan tinggalkan Taqim. Sebaliknya menegaskan yang dia akan sentiasa bersama Taqim mengharungi susah dan senang membuatkan Melissa rasa tercabar. Epol nampak perbuatan Melissa mengamuk musnahkan gerai jualan Sirat. Epol datang untuk pertahankan Sirat dan memarahi Melissa sebaliknya dia pula dihalau Sirat supaya jangan masuk campur.

Episod 11
Taqim bawa Sirat berbuka di rumahnya sekaligus nak perkenalkan Sirat dengan daddy. Sirat disambut baik oleh Dato’ Mustapha, Makcik Muna dan Pakcik Hussin. Dato’ Mustapha berterima kasih kepada Sirat yang memberi rasa bahagia terhadap Taqim. Epol terkilan dapat tahu Sirat telah bertunang dengan Taqim. Dia kecewa kerana selama ini dia begitu menaruh harapan terhadap Sirat dan berusaha untuk sentiasa ada bila Sirat dalam kesusahan walaupun ditentang ibunya sendiri.

Episod 12
Taqim bawa Sirat berbuka di rumahnya sekaligus nak perkenalkan Sirat dengan daddy. Sirat disambut baik oleh Dato’ Mustapha, Makcik Muna dan Pakcik Hussin. Dato’ Mustapha berterima kasih kepada Sirat yang memberi rasa bahagia terhadap Taqim. Epol terkilan dapat tahu Sirat telah bertunang dengan Taqim. Dia kecewa kerana selama ini dia begitu menaruh harapan terhadap Sirat dan berusaha untuk sentiasa ada bila Sirat dalam kesusahan walaupun ditentang ibunya sendiri.

SINOPSIS NOVEL TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tidak indah. Ia menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

"Kau sindir aku lagi, kan?" -MUSTAQIM
"Tak... kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan" -SIRATUL

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa... Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.

"Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu..." -MUSTAQIM
"Memang dasar orang gila!" -SIRATUL

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati... Lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.

"Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!" -SIRATUL
"Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul..." -MUSTAQIM

Mustaqim bingung. Tak... Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.

Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.

"Kalau dia tu, pedang yang menghunus... saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan." -SIRATUL

Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa... Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.

"You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul..." -MELISA
"Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga..." -SIRATUL
"Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau..." -MUSTAQIM

Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namum adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bula perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.

GAMBAR PELAKON
Tak Sempurna Mencintaimu
Tak Sempurna Mencintaimu tv3
Tak Sempurna Mencintaimu 2
Pelakon Tak Sempurna Mencintaimu