Pasal Kau (Netflix)

Pasal Kau

Filem Pasal Kau! arahan Adrian Teh ditayangkan di Netflix pada 1 Oktober 2020. Sebuah filem komedi romantis lakonan Hairul Azreen, Janna Nick, Amerul Affendi, Nam Ron dan ramai lagi. 

JUDUL : PASAL KAU!
TARIKH TAYANGAN : 1 Oktober 2020
CERITAL ASAL : Hairul Azreen
LAKON LAYAR : Shamaine Othman
PENGARAH : Adrian Teh
PRODUKSI : ACT 2 Pictures & Clover Films Sdn Bhd
PELAKON : Hairul Azreen, Janna Nick, Amerul Affendi, Henley Hii, Nam Ron, Theebaan Govindasamy, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Josiah Hogan, Sophia Albarakbah, Sugeeta Chandran, Anna Jobling, Jasmine Suraya, Fify Azmi, Dain Said, Yayan Ruhian, Ismi Melinda, Ropie

WATAK PELAKON
Hairul Azreen sebagai Aiman
Janna Nick sebagai Jane
Amerul Affendi sebagai Parjo
Henley Hii sebagai Josh
Nam Ron sebagai  Maznan
Theebaan Govindasamy sebagai MC
Taufiq Hanafi sebagai Wak
Hafizul Kamal sebagai Yok
Josiah Hogan sebagai Tengku Iskandar
Sophia Albarakbah sebagai Sofia
Sugeeta Chandran sebagai Maria
Anna Jobling sebagai Emelia

SINOPSIS PASAL KAU
Mengisahkan tentang seorang pekerja hotel bernama Aiman, menjalani kehidupan sehariannya, bekerja keras bersama dengan rakan-rakannya. Salah satunya adalah seorang chef bernama Jane yang sangat menyukainya, kemudian suatu hari Aiman jatuh cinta dengan tetamu cantik bernama Sofia.

Tetapi tidak semuanya seperti yang disangka. Ketika keadaan menjadi huru-hara dan semua orang di hotel tersebut menjadi tebusan, Aiman dan rakan-rakannya mesti bersatu untuk merancang menyelamatkan semua. Dalam pada itu, Aiman berkemungkinan mendapati bahawa dirinya jatuh hati pada orang lain.