Drama Tercipta Satu Ikatan

Tercipta Satu Ikatan
Nantikan drama 'Tercipta Satu Ikatan' adaptasi novel karya Laydee Amarfi bakal disiarkan di slot MegaDrama Astro ria. Menampilkan gandingan utama Aeril Zafrel dan Hannah Delisha. Drama arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.  Tercipta Satu Ikatan bersiaran mulai 29 Disember 2020, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Asro Ria.

JUDUL : TERCIPTA SATU IKATAN
EPISOD : 20/28
TARIKH TAYANGAN : 29 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENULIS NOVEL : Lady Amarfi
PENGARAH : Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Izzue Islam, Sophia Barakbah, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab, Esma Daniel, Nada Syuhada, Saharul Ridzwan, Fazira Shafinaz, Hasnol Rahmat, Elnisa Ryun, Qhaira Imani, Zazly Baginda, Liyana Yusof, Azhar Amir, Syed Irfan, Aqil Nahar, Damia Qaissarah, Mia Deen

WATAK PELAKON 
Aeril Zafrel sebagai Daniyal
Hannah Delisha sebagai Leanna
Izzue Islam sebagai Zhafran
Sophia Barakbah sebagai Rissa
Nadhir Nasar sebagai Sirhan
Nadiyah Shahab sebagai Anita
Esma Daniel sebagai Dato Jeffrey
Hasnol Rahmat sebagai Kobeng
Saharul Ridzwan sebagai Zainudin
Fazira Shafinaz sebagai Azizah
Nada Syuhada sebagai Kak Nida
Elnisa Ryun sebagai Sandra 
Qhaira Imani sebagai Aleeya 
Zazly Baginda sebagai Razili 
Liyana Yusof sebagai Datin Rogayah
Azhar Amir ssebagai Dato Imran 
Ratu Fyda sebagai Qish
Syed Irfan sebagai Daniyal 
Aqil Nahar sebagai Sirhan 
Damia Qaissarah sebagai Risa
Mia Deen sebagai Intan 

LAGU TEMA / OST
Lagu: Adira Suhaimi
Penyanyi: Kesempatan Bagimu
Komposer: Ikhwan Fatanna / Wan Saleh
Lirik: Ikhwan Fatanna / Arisz Ab Rahman

SINOPSIS TERCIPTA SATU IKATAN
Mengisahkan Leanna yang dibesarkan dengan serba kemewahan dan penuh kasih sayang oleh Dato Jefrey, seorang ahli perniagaan. Ke mana sahaja Leanna pergi mesti diawasi oleh bodyguard kerana Jefrey tidak mahu perkara buruk berlaku kepada anak tunggalnya.

Leanna pula bahagia dengan kasih sayang ayahnya tapi di satu sudut, dia juga mahu hidup bebas seperti orang biasa yang bebas pergi ke mana tanpa perlu diawasi bapanya. Walaupun begitu, Leanna cuba berfikiran positif yang semua tindakan bapanya adalah untuk kebaikan dirinya sendiri.

Daniyal seorang usahawan muda menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan syarikat Dato Jeffrey. Jefrey tertarik dengan usaha Daniyal dalam mengembangkan syarikatnya, sampai ke satu tahap menawarkan Daniyal mengahwini Leanna. 
 
Daniyal sebenarnya mempunyai muslihat sendiri iaitu ingin membalas dendam kepada Jeffrey bersama kawan baiknya Risa dan Sirhan. Berkahwin dengan Leanna bukanlah dalam rancangannya.

Apakah sebenarnya tujuan Daniyal menerima tawaran Jeffery untuk mengahwini Leanna? Kerana harta atau ada rahsia disebalik itu? Pengakhiran yang indah tidak sama, untuk individu yang berbeza. Leanna dan Daniyal bertemu bahagia. Risa pula, berjaya membebaskan diri dari belenggu kisah lama.

Episod 1 - Leanna seorang anak usahawan yang berjaya iaitu Dato' Jeffery. Daniyal dan rakan-rakannya merancang dengan baik untuk membalas dendam kepada seseorang.

Episod 2 - Dato’ Jeffery sangat berminat dengan Daniyal dan menemukan Daniyal dengan Leanna. Daniyal dan Leanna bersetuju ingin berkahwin. Tetapi sesuatu terjadi kepada Dato’ Jeffery.

Episod 3 - Rissa yang sudah pulang dari luar negara ingin memastikan Daniyal kekal dengan tujuan utama dia. Daniyal mendapat tahu Zhafran cuba untuk mengagalkan rancangannya.

Episod 4 - Leanna mula meragui tentang kematian bapanya selepas menerima satu mesej yang mencurigakan. Rissa dan Sirhan tidak puas hati apabila Daniyal cuba mengubah perancangan asal mereka.

Episod 5 - Leanna mula menyiasat tentang syarikat bapanya kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan Daniyal. Daniyal dan Zhafran mula meragui antara satu sama lain. Daniyal menuduh Zafran meracuni fikiran Leanna.

Episod 6 - Leanna dan Daniyal mula tidak tinggal sebumbung kerana Leanna meragui Daniyal mempunyai muslihat tersendiri. Rissa tidak akan mengalah untuk mendapatkan Daniyal dan cuba menghancurkan rancangan Daniyal.

Episod 7 - Leanna mendapat tahu hal sebenar mengenai arwah bapanya dan cerita silam Daniyal. Rissa cuba untuk meracuni fikiran Daniyal apabila Leanna meragui banyak hal tentang Daniyal.

Episod 8 - Zhafran, Rissa dan Sirhan bertemu tanpa Daniyal. Zhafran mengingatkan mereka untuk tidak pentingkan diri. Dalam pada masa yang sama, Zhafran cuba untuk merampas Leanna kembali kepadanya dalam diam.

Episod 9 - Anita sangat terkejut apabila mendapat tahu Leanna pekerjanya adalah anak kepada Dato' Jeffery. Kak Nida mengingatkan Daniyal untuk berhati-hati dengan Zhafran.

Episod 10 - Anita bersungguh-sungguh mahu satukan Leanna dengan Daniyal. Daniyal kembali berjumpa Leanna dan merayu kepada Leanna agar Kembali dan memaafkan dia.

Episod 11 - Zhafran mempunyai rancangan muslihat Bersama bekas pengawal peribadi Leanna. Leanna dan Daniyal kini bersatu kembali tetapi Rissa tidak berdiam diri.

Episod 12 - Kepercayaan Leanna kepada Daniyal masih kurang. Leanna memaksa Daniyal untuk bercerita perkara sebenar. Rissa tuntut janji-janji yang Daniyal pernah ungkapkan dulu.

Episod 13 - Zhafran cuba menjauhkan diri dari Leanna membuatkan Leanna marah pada Daniyal. Anita cuba untuk ingat kembali apa yang berlaku padanya semasa dia kecil. Adakah ia ada kaitan dengan Dato’ Jeffery.

Episod 14 - Leanna dan Rissa mula bertelagah antara satu sama lain. Leanna mula ingin tahu disebalik cerita antara bapanya Dato’ Jeffery dan bapa Zhafran. Anita tetap ingin berahsia mengenai kisahnya bersama Rissa.

Episod 15 - Dendam Zhafran makin mendalam. Rissa makin tidak berpuas hati bila Daniyal cuba untuk membantu orang yang telah menyusahkan keluarga mereka.

Episod 16 - Leanna mendapat tahu semua rahsia Daniyal yang sebenar dan ingin berpisah jika itu yang terbaik. Daniyal juga mendapat tahu rahsia disebalik keluarga Zhafran.

Episod 17 - Daniyal mengaku bahawa dia berkahwin dengan Leanna kerana dendam dengan Jeffery. Anita menceritakan hal sebenar, kecelakaan yang berlaku di kampung Daniyal.

Episod 18 - Zhafran mengundurkan diri dari Leanna tetapi tidak kepada Rissa. Rissa sangat tidak berpuas hati dengan kebahagian Daniyal dan Leanna yang membuatkan dia kehilangan orang sekelilingnya.

Episod 19 - Daniyal membongkarkan satu lagi rahsia kenapa dia tidak meneruskan rancangannya untuk menjatuhkan J&I. Daniyal ingin menyerahkan kembali syarikat J&I Holdings kepada Leanna.

Episod 20 - Anita mencari Rissa yang sudah lama menghilangkan diri dan mendedahkan identitinya. Leanna dan Daniyal kini menjaga J&I bersama tetapi sesuatu rahsia besar yang mereka tidak tahu akhirnya terbongkar.

SINOPSIS NOVEL TERCIPTA SATU IKATAN
Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Leanna tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga. 

Kenapa you kahwin dengan I? - Leanna

Tetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati. Mengapa sikap suaminya berubah?

Because I love you - Daniyal

Walaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus hidupnya. Kepulangan Risa dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa yang diinginkan tidak tercapai. 

Lepas you dah sayangkan dia, you terus lupa pada I! Lupa pada sebab asal kita mulakan semua ni! - Risa

Don't do this, Risa.  I don't want to fight with my own sister. - Daniyal

Adakah cinta Daniyal memang benar telus lahir dari hati? Atau sebenarnya kerana ada rasa bersalah yang sedang menggunung tinggi? Leanna pula sekali lagi tersepit di dalam dilema. Antara percayakan suami yang dicinta, atau terus mempertahankan bapa yang sudah tiada.

Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?


GAMBAR PELAKON
Tercipta Satu Ikatan
Aeril Zafrel dan Hannah Delisha
Pelakon Tercipta Satu Ikatan