Filem Kelaster (Astro First)

Kelaster

Saksikan filem seram komedi, KELASTER mulai 24 September 2020 di Astro First saluran 480. Menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Nora Danish, Azhan Rani, Achey, Amyza Aznan dan bintang Hero Remaja 2020, Meerqeen.

JUDUL : KELASTER
GENRE : Seram Komedi
TARIKH TAYANGAN : 24 September 2020
SIARAN TV : Astro First saluran 480 
PENULIS SKRIP : Razif Ajiboy Rashid
PENGARAH : Razif Ajiboy Rashid
PRODUKSI : D Alpha Legacy (M) Sdn Bhd
PELAKON : Nora Danish, Azhan Rani, Achey, Meerqeen, Amyza Aznan

WATAK PELAKON
Nora Danish sebagai Ain
Achey sebagai Zul
Azhan Rani sebagai Dr Madi
Meerqeen sebagai Usop
Amyza Aznan sebagai Mak Cik Karipap

Lagu : Sakit - Achey
Lirik : Achey
Komposer : Shouk Azis & Achey

SINOPSIS KELASTER
Kelaster adalah sebuah kisah seram tentang bagaimana tiga orang pelajar yang terperangkap di kolej kediaman selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Dua pelajar lelaki Usop dan Zul terpaksa menemani Ain, yang bersendirian sehingga terpaksa mencari bantuan di asrama lelaki. Tragedi pelik mula berlaku apabila mereka cuba mendapatkan bantuan untuk Ain. 

Keadaan bertambah rumit selepas Usop dan Zul berkongsi kisah mengenai gangguan hantu serta makhluk halus yang pernah mereka lalui. Tiba giliran Ain untuk kongsikan pengalamannya, Ain terus menghilangkan diri. Usop dan Zul segera mencari Ain dan ketika di temui, Ain sedang berada di dalam Bas berdekatan dengan Kolej mereka. Di situlah segala misteri dan rahsia gangguan yang mereka bertiga alami terungkai.

Pelakon Kelaster
Pelakon Kelaster 2