Telefilem Derai (TV3)

Derai tv3


Saksikan telefilem 'Derai' lakonan Mimi Lana, Syafiq Kyle dan Redza Rosli pada Sabtu, 5 September pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : DERAI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 5 September 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : FJ Pictures Sdn Bhd 
PELAKON : Mimi Lana, Syafiq Kyle, Redza Rosli, Riz Amin, Jay Iswazir, Puteri Rafasya, Wan Hanafi Su

SINOPSIS DERAI
Kisah Nurul, seorang isteri yang bangkit menuntut bela terhadap tiga orang sahabat suaminya yang telah mengakibatkan kematian suami, Khalid dan anak tunggalnya tiga tahun lalu.

Nurul Asyikin hidup bahagia bersama Khalid dan anak perempuan mereka, Nur Syakila. Mereka sekeluarga hidup sederhana di luar bandar dari bandar Kuala Lumpur dan menjalankan perusahaan kecil, memandangkan masing-masing ada beberapa bidang tanah yangg boleh diusahakan. Baharudin dan Azman adalah dua orang sahabat baik Khalid, sewaktu belajar dahulu. Suatu hari Baharudin dan Azman datang ke kampung, memujuk Khalid untuk ikut serta dalam satu rancangan perniagan yang mereka mahu jalankan. Rancangan ini sekaligus membolehkan Khalid mula melihat perniagaan ke pasaran antarabangsa. Khalid sangat teruja dengan cadangan itu tetapi Nurull tidak bersetuju, dia risau jikalua Baharudin mempergunakan suaminya yang dikenali dengan sifat mudah percaya dan pemurah.

Derai tv3

Pelakon Derai