Drama Budak Intern (TV9)

Budak Intern

Saksikan drama bersiri 'Budak Intern' lakonan Intan Najuwa, Malek Mccrone, Bella Dowanna dan Syafi Tee disiarkan bermula 22 September 2021, setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.30 malam di TV9 atau tonton secara percuma melalui perkhidmatan penstriman Viu.

JUDUL : BUDAK INTERN
EPISOD : 16
TARIKH TAYANGAN : 22 September 2021
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 9:30 malam
SIARAN TV : TV9
PENGARAH : Ken Kin
PRODUKSI : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Malek Mccrone, Bella Dowanna, Syafi Tee, Acong Sweetchild, Zul Ariffin, Nonny Nadirah, Sham Visa, Ifa Raziah, Zarul Umbrella, Aniq Suhair , Nadiyah Shahab, Arja Lee, Cristina Suzanne, Amber Chia, Ziana Zain, Douglas Lim, Badrul Muhayat, Sharifah Shahora

WATAK PELAKON
Malek Mccrone sebagai Ryan
Intan Najuwa sebagai Izzy
Bella Dowanna sebagai Bainun Soleha
Syafi Tee sebagai Karl Hanif
Acong Sweetchild sebagai Said
Zul Ariffin sebagai Dato Shuk
Nonny Nadirah sebagai Hanum
Sham Visa sebagai Datuk M
Ifa Raziah sebagai Datin Nelly
Zarul Umbrella sebagai Tuan Rosli
Aniq Suhair sebagai Adrian
Nadiyah Shahab sebagai Fazlin 
Arja Lee sebagai En Kassim 
Cristina Suzanne sebagai Hanna
Amber Chia sebagai Keira Zulaikha
Ziana Zain sebagai Miss Jollie
Douglas Lim sebagai Billy 

LAGU TEMA (OST) 
Bebel - Farisha Iris 

SINOPSIS BUDAK INTERN
Mengisahkan suka duka sekumpulan pelatih industri yang baru hendak menjinak dalam industri pengiklanan. Bainun, Izzy, Ryan dan Karl mempunyai sebab sendiri untuk bekerja sepenuh masa selepas latihan industri tamat. Selepas habis waktu kerja, mereka sering menghabiskan masa di sebuah kafe milik kepada kakak Karl. 

Empat sekawan dari sebuah kolej, Izzy, Ryan, Karl dan Bainun berjaya mendapat tawaran latihan industri (internship) di sebuah agensi Pengiklanan yang terkenal. Pengalaman pertama kali bekerja di alam pekerjaan yang sebenar telah membuka mata dan dimensi mereka. Pelbagai cabaran dan peristiwa dihadapi oleh mereka berempat demi beroleh penilaian yang baik dari penyelia masing-masing. Tanpa mereka sedar ‘Internship’ bukan sekadar penilaian lulus atau gagal, malah turut menguji persahabatan mereka dan merubah mereka selamanya.

GAMBAR PELAKON
Budak Intern
Budak Intern tv3
BudakIntern
Pelakon Budak Intern