![6 Hari 6 Hari](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrGkikUgBvMmBGu1XtsImhWH9l9wAFQBTdd-JrJVEMHOgXJbUn5XUUfmjR64WnhnzIl2FJNNmOHYsDS-Q29AAZFjTmTFSmC4694beOXA3ii56eXiVA-S7A6jRETqafUj_6OlW8L27ac_mF/s1600/6+Hari.jpg)
Saksikan telefilem '6 Hari' arahan Yusry Abdul Halim yaag dihasilkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada 13 Jun ini (Sabtu), pukul 9 malam tayangan serentak di Astro Ria, Astro Ria HD, Astro Citra dan Astro Citra HD.
JUDUL : 6 HARI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 13 Jun 2020. 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD / Citra & Citra HD
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
PELAKON : Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim , Neelofa, Dato Aaron Aziz
SINOPSIS 6 HARI
Suzi (Lisa Surihani) adalah isteri ketiga yang bahagia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya, Ismal (Aaron Aziz). Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo, kerana suaminya hanya pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isteri yang lain. Semuanya kelihatan normal sehingga suatu hari bekas teman lelaki Suzi, Faizal (Yusry A. Halim) datang mengetuk pintu.