Nasi Kerabu Untuk Che Abe (TV3)

Nasi Kerabu Untuk Che Abe

Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula 25 Mei ini, setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam. Dibintangi oleh Izzue Islam dan Elisya Sandha.

JUDUL : NASI KERABU UNTUK CHE ABE
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Mei 2020
WAKTU SIARAN :  Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
SKRIP : Siti Solehah Abdul Ghani
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Fazlisham, Scha Elinnea, Hariesa DFKL, Jasmin Hamid, Erynne Erynna, Syainie Shuhaimi, Neera Azizi, Radhi Khalid, Kuna Muzani, Kamarool Haji Yusoff, Danny X-Factor

WATAK PELAKON
Izzue Islam sebagai Faizul
Elisya Sandha sebagai Shira
Issey Fazlisham sebagai Arman
Neera Azizi sebagai Sha
Scha Elinnea sebagai Zetty
Erynne Erynna sebagai Yana
Kuna Muzani sebagai  Mek Yan
Radhi Khalid sebagai Badrul
Jasmin Hamid sebagai Nolly
Syainie Aida sebagai Atikah
Danny X-Factor sebagai Zairie
Kamarool Haji Yusoff sebagai Dali

LAGU TEMA / OST
Hey Pria - Allisya
This Is Kota Bharu - Den & Fendi

SINOPSIS NASI KERABU UNTUK CHE ABE
Shira mendapati dirinya jatuh cinta pada Faizul, orang Kelantan dan dia bernasib baik kerana Faizul merasakan hal yang sama untuknya. Namun, Shira mula terancam oleh Sha yang memasak nasi kerabu sebaik ibu Faizul dan mereka sangat rapat. Sha cuba memecahkan Faizul dan Shira kerana dia mempunyai perasaan terhadap Faizul.

Shira, Yana dan Zetty, 3 gadis yang dikenali sebagai 'awesome girls' adalah antara gadis-gadis cantik di kolej. Di permulaan cerita mereka telah berselisih dengan pelajar master yang kacak bernama Faizul. Ketiga tiga mereka terpegun tatapi semuanya hilang mood bila mula terdengar Faizul mula kecek kelate yang agak pekat. Faizul tidak pandai berdialek KL. Rakan baiknya, Arman biarpun berbeza jurusan namun mereka sama-sama gila mencari duit dengan bisnes. Faizul lebih gemar menjual secara bersemuka berbanding dengan Arman yang menjual macam-macam secara atas talian. Shira, Yana dan Zetty tinggal bersama di rumah sewa, mereka bersahabat karib dan mereka pernah berjanji dan saling mencabar 'no boy no love' sehingga tamat pengajian. Mereka bertiga terkenangkan Faizul. Mereka memikirkan macam mana mereka nak mungkir janji yang dah dibuat.

Pelakon Nasi Kerabu Untuk Che Abe

Nasi Kerabu Untuk Che Abe tv3