Telefilem Halilintar (TV2)

Halilintar tv2

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan telefilem hari guru iaitu 'Halilintar' disiarkan pada 15 Mei ini, pukul 9.30 malam saluran TV2.

JUDUL : HALILINTAR
WAKTU SIARAN : Jumaat, 15 Mei 2020, 9:30 malam 
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Siti Sahara
PENGARAH : Firdaus Jenar
PRODUKSI : FJ Creatives Sdn Bhd
PELAKON : Fathie Shafie, Joey Jeffrey, Nur Hadzryans, Sahir Quluk, Puan Haslina

SINOPSIS HALILINTAR
Kisah cabaran dan kegigihan seorang guru dan anak muridnya yang meminati teknologi dron dan menyertai pertandingan dron peringkat negeri dengan menggunakan sebuah dron lama.

Cikgu Farid tidak dihargai pihak pengurusan sekolahnya. Situasi itu membuatkan dirinya bangkit mahu membuktikan yang dia bukan sekadar guru Sains biasa yang tidak berwawasan. Apabila sebuah kejohanan peringkat negara, robotic dan drone racing diumumkan, dia cuba mengumpulkan sebuah pasukan pelajar-pelajar bermasalah untuk mencipta dan bertanding dalam kejohanan itu.

Namun pada masa sama dia sebenarnya mempertaruhkan masa depannya kerana sekiranya gagal, dia mungkin kehilangan jawatan disandangnya. Begitu juga kepada kumpulan murid bermasalah itu yang terpaksa berdepan kenyataan akan kehilangan peluang untuk menjadi orang yang lebih sempurna.